Lagu "Menjaga Jodoh Orang Lain" nyanyian Ara Johari mendapat sambutan hangat.

Oleh: Khadijah Ibrahim

TIADA apa yang dapat dinyata oleh Ara Johari, selain meluahkan rasa syukur apabila lagu baharunya berjudul “Menjaga Jodoh Orang Lain” (MJOL) mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar.

Lagu ciptaan komposer seberang, Ilham Baso itu menduduki kedudukan pertama di carta RIM (Persatuan Industri Rakaman Malaysia) selama dua minggu berturut-turut.

“Alhamdulillah penat lelah saya dan team berbaloi dan ini menjadi pemangkin semangat untuk saya mengeluarkan karya yang lebih baik pada masa akan datang.

Selepas raya nanti Ara akan ke Indonesia untuk mempromosi lagu “MJOL”.

“Saya gembira kolaborasi pertama saya bersama komposer Indonesia ini membuahkan hasil yang amat membanggakan” ujarnya.

Lirik video dan audio MJOL yang dilancarkan pada 31 Julai tahun lalu juga kini sudah melebihi 10 juta tontonan di YouTube.

Pelantun lagu “Bunga” itu juga merancang untuk melebarkan sayap ke Indonesia bagi mempromosikan lagu tersebut.

“Kami masih dalam rangka rancangan bagi mempromosikan lagu ini ke Indonesia. Mungkin ada sedikit kelainan daripada lagu asal untuk kesesuaian pasaran di sana.

Lagu ciptaan komposer dari Indonesia, Ilham Baso menduduki kedudukan pertama di carta RIM.

“Insya-Allah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti kami akan ke sana” ujar Ara tentang peracangan untuk melebarkan kerjaya seninya.

Dalam pada itu, Ara berkata, kejayaan tersebut juga sedikit sebanyak memberi tekanan untuk dia mencari metarial baharu sesuai jangkaan peminat.

“Sekarang masih dalam proses mencari bahan untuk lagu akan datang. Sudah tentu agak stress kalau boleh mahu cari lagu yang lebih baik.

Kejayaan “MJOL” membuat Ara perlu lebih bekerja keras untuk single berikut nanti.

“Saya harap dapat bekerjasama dengan komposer-komposer baharu dan tidak menolak jika diberi peluang mencuba genre berbeza,” katanya.

Bukan saja Ara yang teruja dengan kejayaan lagu MJOL, malah pencipta lagu tersebut turut berkongsi kegembiraannya di Instagram.

“Bangga banget, dua lagu peringkat satu dan dua yang paling banyak didengar di negara tetangga Malaysia adalah ciptaan Mas Ade Govinda “Masing Masing” dan ciptaan saya “Menjaga Jodoh Orang Lain”. Tuhan baik banget,” kapsyen yang ditulis Ilham Baso merujuk kepada carta lagu di sebuah stesen radio tempatan.

Previous article‘Syawal Membayu’ imbau suasana raya di kampung!
Next articleBolehkah berpuasa dengan niat untuk sihat?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here