Image by freepik

Oleh: Nafsiah Jani

Anda ada ketuat atau mungkin anak atau ahli keluarga anda mempunyai ketuat pada badan mereka? Ketuat atau turut dikenali sebagai kutil ini tidak berbahaya dan sering hilang secara sendiri mengikut masa, tetapi ia berpotensi untuk menjejaskan penampilan seseorang, malah boleh menyakitkan.

Ketuat adalah pertumbuhan kulit yang disebabkan oleh virus dalam keluarga Human Papillomavirus (HPV) yang menjangkiti jari, tangan dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, keras manakala permukaannya menjadi kasar.

Ketuat bukan sahaja menimbulkan masalah dari segi penampilan tetapi juga boleh menyebabkan ketidakselesaan. Tahukah anda, ketuat ini boleh dihilangkan terus tanpa menyebabkan pertumbuhan ketuat lain jika anda tahu kaedah yang tepat.

Ketuat adalah virus yang boleh merebak dan berjangkit dengan sentuhan, jika kita berjalan tanpa kasut atau selipar ditempat awam yang dapat meningkatkan risiko jangkitan ketuat, luka pada kulit menyebabkan virus mudah masuk dan merosakkan kulit dan sistem imun badan yang lemah lebih senang terkena ketuat.

Menghilangkan ketuat mungkin memerlukan kesabaran kerana beberapa kaedah mungkin tidak berkesan untuk semua orang. Namun jangan risau kerana ketuat ini boleh dihilangkan dan kadangkala ia akan hilang dengan sendirinya. Jika ketuat sukar untuk hilang segeralah berjumpa doktor pakar.

Anda juga boleh mencuba mana-mana kaedah pengubatan tradisional dan moden di bawah ini yang mungkin serasi dan sesuai dengan anda:-

1. Cuka epal kaya dengan asid asetik yang dikatakan boleh membantu menghilangkan ketuat. Caranya campurkan cuka epal kepada 2 bahagian dan air biasa 1 bahagian. Rendam bebola kapas ke dalam campuran ini. dan letakkannya di kutil anda, kemudian tutup dengan pembalut. Biarkan ia selama 3 sehingga 4 jam. Jangan sapu pada luka yang terbuka dan sentiasa pastikan anda melarutkan cuka ini dengan air kerana asidnya boleh menyebabkan kegatalan.

2. Bawang putih atau ekstrak bawang putih juga boleh digunakan secara langsung pada ketuat kerana ia dikatakan mempunyai kesan antiviral. Caranya hancurkan 1 ulas bawang putih dan campurkan dengan air. Sapukan pada ketuat dan tutup dengan pembalut. Ulangi setiap hari selama 3 sehingga 4 minggu. InsyaAllah.

3. Gosok kulit oren pada ketuat sekali sehari. Sekiranya ia berkesan, ketuat akan berubah warna, menjadi gelap, kemudian akan jatuh secara sendiri. Namun, perkara ini mungkin mengambil masa yang agak lama sekitar 2 minggu atau lebih.

4. Jus kentang juga dikatakan dapat ‘mengeringkan’ ketuat. Untuk mencuba kaedah ini, potong kentang kecil menjadi separuh. Gosokkan bahagian yang dipotong pada ketuat hingga dibasahi dengan jus kentang. Ulangi dua kali sehari.
.

5. Aspirin antara jenis ubat ketuat di farmasi yang mengandungi asid acetylsalicylic. Caranya, hancurkan tablet aspirin dan campurkan dengan air. Sapukan pada ketuat dan tutup dengan pembalut semalaman.

6. Buah nanas mempunyai bromelain, campuran enzim yang mencerna protein. Dipercayai bromelain mampu menghilangkan kutil dengan melarutkan protein dalam HPV. Caranya basahkan ketuat dengan jus nanas segar setiap hari. Lama-kelamaan kutil itu akan tanggal.

7. Tumbuk daun kesum sehingga lumat. Kemudian campurkan dengan sedikit garam, sapu campuran tersebut keatas ketuat. Tunggu sehingga kering dan bersihkan. Amalkan petua ini sehingga ketuat tanggal.

8. Sapukan kapur sirih keatas ketuat. Biarkan ia mengering. Lakukan setiap hari hingga ketuat tanggal dengan sendirinya.

9. Minyak tea tree mengandungi zat antimikroorganisma dapat membantu mengatasi masalah jerawat, kutu, jangkitan kulit dan kutil. Jangan sapu minyak itu terus pada kulit kerana ia boleh menyebabkan iritasi sebaliknya campurkan minyak itu dengan air bagi mencairkannya. Titiskan campuran itu pada kapas dan tekap di kutil selama 10 minit dan ulangi proses itu tiga kali sehari.

10. Gosok ketuat dengan pasir basah seperti pasir sungai atau pasir di kawasan pantai. Cuba lakukan petua ini selama tiga hari berturut-turut, IsyaAllah ketuat akan tanggal atau hilang dengan mudahnya.

Previous articleMemasak Bukan Tanggungjawab Isteri!
Next articleCantik wanita sebab gigi? Ini 3 rawatan cantikkan gigi yang boleh dibuat dengan kos berpatutan! (Bahagian 1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here