Oleh: Syed Wafa.
Foto: Ehsan Seniwati Datin Noor Azizah/Koleksi Syed Wafa
APABILA sebut nama Seniwati Datin Noor Azizah binti Datuk Seri Azizul Hassan atau lebih dikenali sebagai Noor Azizah pasti terbayang di minda anda seraut wajah manis jelita milik Puteri Mawarni yang dilakonkan beliau dalam filem “Dayang Senandong.”
“Dayang Senandong” arahan Allahyarham Datuk Jamil Sulong terbitan Malay
Film Productions pada tahun 1965 bukan sahaja telah menarik para peminat filem Melayu ke pawagam menonton cerita menarik ini malah ia telah melahirkan sebutir bintang yang ‘bercahaya dan bersinar’ dalam filem berkenaan.

Sebabnya selain Seniwati Datuk Dr. Sarimah Ahmad sebagai bintang utama melakonkan watak Puteri Dayang Senandong dan Seniman Ahmad Mahmud sebagai Raja Kamaruzan, kehadiran Noor Azizah bintang baru yang diperkenalkan dalam filem ini telah menarik perhatian para peminat filem Melayu ketika.
Sejak itu, satu demi satu filem dilakonkan Noor Azizah antaranya “Sri Andalas” arahan dan karya S. Kadarisman. Dalam filem terbitan tahun 1966, ia menyerlahkan sisi lain Noor Azizah sebagai gadis kampung bernama Melor bukan sahaja menampilkan lakonan yang berbeza malah yang pasti kecantikannya menjadi tiket beliau diminati dan disayangi para peminat filem Melayu ketika itu.

Berdiri dari kiri: Fatimah Wati, Hamidah Zainal dan adiknya, Normah Zainal.
Setelah filem berkenaan Noor Azizah muncul dengan filem “Raja Bersiong” arahan Jamil Sulong dengan skrip, cerita dan lakonlayar oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dan merupakan filem termahal dengan kos penerbitan sebanyak RM750,000. Bukan itu sahaja ia juga menjadi filem terakhir terbitan MFP kerana setelah itu syarikat penerbitan berkenaan ditutup.
Setelah MFP tutup, Noor Azizah meneruskan kerjaya seninya dengan berlakon filem terbitan Merdeka Studio pada tahun 1969 iaitu “6 Jahanam” dan “Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh.”


Babak ini sebagai simbolik penutupan Studio Malay Films Production di Singapura.
Beliau berlakon lima filem pada 1970 antaranya “Di Belakang Tabir, Perintah Seri Paduka dan Dr. Rushdi.”
Sementara pada tahun 1971, Noor Azizah ditawarkan membintangi dua filem Indonesia, “Jangan Kau Tangisi” dan “Malim Kundang” bersama Rano Karno.”
Selain itu, Noor Azizah juga pernah berlakon dalam siri TV Australia “Bailey’s Birds” (1977) sebagai Dr. Susan Lim.

Sepanjang penglibatannya sebagai pelakon beliau telah membintangi 20 filem yang mana bersama Studio Merdeka, Noor Azizah berpeluang berlakon tiga filem dengan Seniman Agong, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu “Enam Jahanam” (1969) dengan melakonkan dua watak iaitu Masmera dan Mastika diikuti “Dr. Rushdi” (1970) dan “Jangan Tinggal Daku” (1971).
Selain filem berkenaan, Jins Shamsuddin juga menggandingkan Noor Azizah bersama P. Ramlee dalam filem arahannya “Di Belakang Tabir” (1969).

Bagaimanapun setelah lebih 10 tahun menyepikan diri dari dunia filem, Noor Azizah muncul dengan membintangi filem “Soal Hati” arahan Othman Hafsham pada tahun 2000. Filem tersebut menjadi filem terakhir lakonan Noor Azizah.
“Kak Noor berlakon filem itu setelah dipujuk produsernya yang juga kenalan Kak Noor iaitu Datuk Habsah Hassan. Kalau tidak memang berat hati ini. Tetapi cukuplah setakat itu sebab Kak Noor lebih selesa menjalani hidup sebagai isteri, ibu dan bahagia melihat cucu membesar dan sering menjengkuk kami,” kata Datin Noor Azizah yang mesra disapa Kak Noor ketika Wafa berpeluang menemui beliau tidak lama dahulu.

Sebenarnya memang sukar untuk menemuramah Noor Azizah. Beliau adalah Seniwati paling eksklusif yang tinggalkan dunia filem ketika namanya cukup popular.
Sebabnya bagi Noor Azizah apa yang lebih membahagiakan beliau adalah menjalani hidup sebagai isteri kepada Datuk Nik Hussein dan ibu kepada dua orang anak Khairena dan Khairy Azri yang telah berkahwin dengan Nur Zulaikha dan mempunyai seorang anak, Khaiza.


Bagaimanapun dengan bantuan wartawan hiburan tersohor tanah air, Muzlina Abu Bakar atau lebih mesra disapa Kak Lin, akhirnya Wafa berpeluang menginterbiu seniwati legenda Noor Azizah yang mesra dipanggil Kak Noor. Beliau kini lebih suka menjauhkan diri daripada dunia seni yang penuh glamour.
“Bukan Kak Noor sombong tetapi bagi Kak Noor tiada apa cerita menarik yang nak dikongsikan.

Tetapi setelah beberapa kali memujuk akhirnya kali Lin berjaya memujuk beliau untuk ditemubual oleh Ladybosz dan kebetulan Wafa adalah cikgu kepada anak lelaki tunggal Kak Noor.
Menurut Kak Noor, beliau bukan sahaja tidak mahu diinterbiu malah untuk muncul dalam program bual bicara selama beberapa minit dengan bayaran lumayan pun beliau berat hati.

mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan.
“Bukan Kak Noor sombong tetapi bagi Kak Noor cukuplah dunia glamour ini. Kak Noor tak mahu dikenali kerana ia akan ‘menyekat’ peluang Kak Noor berjumpa kawan-kawan baik pada waktu-waktu terhad.
“Pada usia begini Kak Noor rasa lebih senang begini. Sesekali berjumpa Lin dan Wafa sambil makan-makan dan bertanya khabar itu lebih membahagiakan Kak Noor.

Berdiri dari kiri: Khairena, Nur Zulaikha, Khairy Azri dan anak mereka, Khaiza.
“Pernah Lin beritahu ada seorang penganjur mahu mengadakan majlis makan malam Noor Azizah bersama para peminat tetapi Kak Noor menolaknya dengan baik,” cerita Noor Azizah kepada Wafa sambil tersenyum mesra.
“Sampaikan salam sayang dan rindu Kak Noor kepada semua peminat yang masih mengigati Kak Noor,” pesan Kak Noor.

Kami di Ladybosz sentiasa mendoakan, semoga Kak Noor dianugerahkan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga…Amin.

SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.