Ramai artis yang akan hadir menghibur orang ramai di The Curve, Mutiara Damansara pada 31 Disember ini.

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEMPENA sambutan tahun baharu yang bakal dirai pada 31 Disember ini, pelbagai acara diadakan untuk menunggu detik 12 tengah malam sebagai tanda 2025 menjelma.

Stesen radio Suria FM juga tidak mahu ketinggalan dalam merai tahun baharu bersama pendengar setia mereka.

Pasti ramai nak tengok Zubir Khan nyanyi lagu “Yennode Macha”.

Sebagai tanda penghargaan kepada pendengar setia Suria, seawal jam 9 pagi pada 31 Disember (Selasa) ini, di Piazza, The Curve, penyampai Suria akan berada di sana untuk bertemu dan beramah mesra dengan orang ramai.

Penyampai Suria iaitu Datuk Fizz Fairuz, Suraya Borhan, Chiwan, Kai dan DJ Lin akan hadir untuk memeriahkan acara pada hari tersebut.

Iman Troye antara penyanyi yang bakal menghibur mereka yang hadir nanti.

Selain penyampai Suria, barisan artis seperti Hakim Khan, Agy, Ayish Malqan, Syazwan Shuhaimi, Monocort, Atilia Haron, Suki Low, Ezra Kairo, Zubir Khan, Iman Troye, Black Hanifah, Dayang Nurfaizah, Kristal X dan Ruffedge serta ramai lagi akan hadir menjayakan Countdown to 2025 Suria x the Curve.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, acara tersebut merupakan satu perayaan yang tidak hanya menyambut tahun baharu, tetapi juga bagi merai sambutan ulang tahun The Curve yang ke-20.

Suki Low juga akan hadir pada acara Suria X The Curve.

“Sepanjang hari tersebut, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan, antaranya, Food Festival yang menawarkan pilihan makanan viral dan popular seperti Suka Dessert, Sushika, Ayaq Gantung, Gulacakery, dan banyak lagi.

“Selain itu, pengunjung juga dapat menyertai sesi Body Combat bersama Fitness First juga pertunjukan bunga api. Sebelum detik 12 tengah malam, pengunjung yang hadir ke Piazza, The Curve akan dihiburkan oleh pelbagai penyanyi,” katanya.

Ezra Kairo yang sinonim dengan lagu OMK (Oh My Kadhale) dendangannya bersama Zubir Khan pun ada.

Untuk mengetahui maklumat tentang acara tersebut, boleh layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:
Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia

Peminat Dayang Nurfaizah jangan lepaskan peluang ini.
Previous articleNikmati rasa sebenar Matcha Latte gula melaka hanya di Restoran Rasa Rosz di IOI City Mall Putrajaya
Next articleSelamat Tahun Baru 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here