Oleh : Asmat Fikri
Tahukah anda, jika sendawa berlebihan ini adalah sesuatu yang tidak normal. Masalah sendawa ini bukan sahaja boleh jadi penyebab kepada masalah kanser, tapi ia juga tanda terlalu banyak angin dalam badan kita terutamanya kaum wanita. Angin dalam badan ini kebanyakan merujuk kepada masalah kembung perut, kesukaran bernafas, perut terasa sebu dan keadaan yang tidak selesa selepas makan sesuatu.
Bagi kaum wanita, antara penyebab banyaknya angin dalam badan adalah kerana beberapa keadaan iaitu:
- Kitaran Haid dan Hormon
Semasa kitaran haid, perubahan hormon seperti peningkatan paras progesteron boleh menyebabkan kelonggaran otot-otot saluran penghadaman yang melambatkan proses pencernaan dan menyebabkan pengumpulan gas. - Kehamilan
Semasa mengandung, hormon progesteron meningkat, menyebabkan penghadaman lebih perlahan dan lebih banyak gas dalam perut. - Masalah pencernaan
Makan makanan seperti kekacang, brokoli, minum minuman berkarbonat dan kafein juga dapat meningkatkan produksi gas dalam usus. - Irritable Bowel Syndrome (IBS)
Keadaan ini sering menyebabkan kembung perut dan gas akibat gangguan pencernaan. - Menelan Udara
Makan terlalu cepat, borak semasa makan, atau mengunyah lambat juga boleh menyebabkan lebih banyak udara tertelan, yang dapat mengumpul gas di perut. - Makanan penapaian
Makanan diperam seperti tapai dalam usus dapat menghasilkan lebih banyak gas. - Kurang senaman.
Kurang aktiviti senaman juga melambatkan proses pencernaan, sehingga gas terkumpul lebih banyak di dalam tubuh. - Masalah Kesihatan
Seperti GERD, kembung perut, dan radang di kawasan pencernaan seperti gastrik juga boleh menyebabkan gas dalam badan berlebihan bertukar menjadi angin.
Cara atasi angin dalam badan
Bagaimana hendak mengatasi angin dalam badan? Jawapannya sangat mudah, elakkan makan atau buat perkara yang boleh menyebabkan ‘trigger’ angin serta gas dalam badan. Caranya dengan mengelakkan makanan yang berangin seperti kubis, brokoli, air bikarbonat dan banyak lagi.
Bukan sahaja amalkan pemakanan yang sihat, tapi juga amalkan cara makan dengan betul. Makan dengan perlahan, tertib dan teratur seperti yang diunjurkan dalam Islam. Bukan makan dengan cepat, bercakap ketika makan dan tidak beradab.
Selain itu, senaman juga perlu dilakukan. Ambil sedikit masa dalam sehari untuk melakukan senaman ringan. Senaman dapat membantu memperbaiki sistem pencernaan sekaligus menghasilkan usus yang sihat.
Terakhir sekali, jangan lupa dapatkan nasihat serta rekomendasi dari doktor jika merasakan keadaan badan jadi tidak normal dengan angin yang terlalu banyak. Jangan anggap ia adalah perkara biasa, kerana jika dibiarkan, takut ia bertukar menjadi angin sulfur yang keluar melalui sendawa hingga boleh menyebabkan kanser. Sayangilah diri anda. Mencegah lebih baik dari mengubati. Nauzubillah!
ASMA Fikri ialah bekas wartawan Majalah Al-Islam.