Oleh : Nafsiah Jani
Waktu-waktu panas ini begitu sedap kalau dapat menikmati air yang sedap terutamanya air yang sedap seperti yang terdapat di Restoran Rasa Rosz Wangsa Maju ini seperti Calamansi Asam Boi.
Selain Calamansi Asam Boi, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan. Iaitu Tembikai Lychee, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.
Tahniah juga diucapkan kepada Restoran Rasa Rosz yang berjaya mengekalkan kreadibiliti mereka sebagai restoran popular yang digemari dan disukai ramai. Jadi tidak hairanlah Restoran Rasarosz bakal membuka cawangan keduanya di IOI City Mall Putrajaya tidak lama lagi.
Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, tak sabar rasanya nak buka cawangan kedua Restoran Rasarosz di IOI Mall Putrajaya ini.
“Di IOI City Mall Putrajaya nanti saya akan tambah lebih 13 jenis menu baru iaitu pemakanan sihat dan berasaskan sayuran. Makanan sihat ini nanti sesuai untuk mereka yang nak berdiet dan dihidangkan sepertimana yang saya amalkan dirumah.
“Antara makanan sihat yang bakal ada di cawangan baru ini nanti termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi. Ada rezeki, outlet ketiga mungkin di KLCC dan keempat juga akan menyusul selepas ini.”
Rozita Ramelan menambah, dia bertuah kerana bisnesnya dapat bertahan seperti sekarang ini.
“Bukan mudah untuk bertahan seperti sekarang ini. Semuanya bukan pasal ekonomi sahaja, tapi juga kita kena fikirkan membuka restoran di tempat yang ada banyak permintaan, cabaran operasi dan adakah kutipan akan dapat cover semula untuk bayar segala kos-kos.
“Saya juga bertuah kerana sudah ada pelanggan tetap yang sentiasa menyokong bisnes kami. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan ditempat kami termasuk dari Singapura. Itu sebabnya dengan adanya cawangan baru memudahkan pelanggan untuk datang ke Restoran Rasa Rosz.
“Nak buka restoran ini memang mudah. Tapi nak kekal lama itu yang memerlukan banyak pengorbanan dan usaha. Tak ada jalan singkat dalam perniagaan ini dan kalau nak jadi usahawan macam saya. Mula-mula berniaga, memang akan alami kerugiaan…itu sebabnya nak meniaga ini kena ada dana yang boleh membuatkan seseorang itu bertahan dalam tempoh yang lama sebelum berjaya. Harapan saya dalam masa lima tahun restoran ini akan berkembang dengan pesat dan saya juga dikenali sebagai pengilang dan peruncit produk-produk muslim.”
Sementara itu, Cef Bob Azran yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef turut menambah, “Menu-menu baru yang saya ketengahkan ini ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam hidangan. Selain hidangan biasa, kami juga tampilkan hidangan barat dan citarasa Malaysia.”
Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia
Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Bagi yang ingin menikmati hidangan ini, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).
Resipi CALAMANSI ASAM BOI
Bahan-bahan
3 biji asam boi putih (rendam dalam sedikit air panas suam)
2 biji limau nipis (belah dua)
Sedikit daun pudina
Air gula (anggaran 3 sudu)
Air limau kasturi
1 cawan air batu kiub
1 cawan Air sprite
Cara penyediaannya:
1. Sediakan bekas cawan yang besar. Masukkan air gula.
2. Kemudian letakkan 3 biji asam boi yang dah direndam berserta sedikit air rendaman asam boi tersebut.
3. Masukkan dua sudu besar air limau kasturi bersama satu cawan air batu.
4. Sebagai hiasan dan untuk menyedapkan lagi Calamansi Asam Boi masukkan sedikit daun pudina, dua biji limau kasturi dan air sprite. Sedia untuk diminum.
View this post on Instagram
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.