Foto https://www.facebook.com/DemiRakyatJOHOR

Oleh : Nafsiah Jani

Mungkin bagi generasi baru tidak berapa mengenali apakah itu tombong kelapa yang terdapat didalam sesetengah kelapa tua. Walaupun ianya tidak begitu popular namun tombong kelapa ini mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan manusia.

Tombong kelapa sebenarnya adalah embrio kecil yang tumbuh secara semulajadi dalam proses untuk biji kelapa tua menghasilkan tunas dalam pembiakan buah kelapa. Tombong kelapa yang berwarna putih krim kekuningan ini selalunya berbentuk bulat, lonjong atau berbentuk seperti ‘pearl’ bergantung kepada umur dan jenis kelapa.

Di Malaysia ia dikenali sebagai tombong kelapa, manakala di Indonesia ia dikenali dengan nama Kentos. Tombong kelapa ini sangat bermanfaat dan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral iaitu vitamin A, vitamin D, omega 3, mineral seperti kalsium, kalium, fosfor, magnesium, karbohidrat dan juga serat.

Selain dimakan begitu sahaja, tombong kelapa juga dikatakan sesuai dijadikan sayur dan merupakan makanan yang enak kepada mereka yang menggemarinya

Tombong kelapa sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat dan elok diamalkan tombong kelapa ini jika anda ingin sentiasa sihat, kuat dan bertenaga. Dibawah ini kami senaraikan manfaatnya kepada kesihatan. Cuba jangan tak cuba.

Foto https://www.facebook.com/DemiRakyatJOHOR
  1. Sewaktu kanak-kanak sedang membesar, mereka memerlukan banyak kalsium bagi membantu petumbuhan tulang. Kalsium juga membantu menjaga kesihatan tulang dan memperlambatkan hilangnya kepadatan tulang. Kandungan kalsium, vitamin D dan fosfor dalam tombong kelapa ini dipercayai mampu menjaga, menguatkan kesihatan tulang dan gigi.
  2. Kandungan selenium dalam tombong juga dikatakan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dengan mengurangkan berlakunya peradangan dan meningkatkan kekebalan tubuh.
  3. Zat besi yang terkandung di dalam tombong kelapa begitu baik sekali untuk tubuh dan dipercayai mampu mengatasi masalah kekurangan darah atau anemia.
  4. Jika tidak berhati-hati tentang makanan yang diambil sehari-hari ia boleh menyebabkan pembuluh darah pecah. Untuk mecegahnya daripada berlaku, elokkan amalkan tombong kelapa kerana ia dapat mencegah kerosakan pembuluh darah anda.
  5. Tombong kelapa juga dianggap sebagai salah satu makanan yang bermanfaat bagi jantung. Menurut kajian dari International Journal of Pharmacy and Pharmaceutical Science, tombong kelapa ini cukup bagus kerana dapat menjaga kesihatan jantung.
  6. Tombong kelapa juga dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan kerana kandungan serat di dalamnya. Serat ini membuatkan anda rasa puas dan kenyang dalam jangka waktu yang lama. Ini juga dapat mengurangkan keinginan seseorang untuk makan secara berlebihan atau mengambil makanan ringan yang tidak sihat.
  7. Tombong kelapa juga mengandungi vitamin A yang tinggi. Vitamin A ini dipercayai mampu menjaga kesihatan mata.
  8. Ia juga dapat mengatasi masalah penyakit kulit ekzema dan kulit yang mengelupas. Potong kecil-kecil tombong kelapa dan blend bersama sedikit air sehingga hancur. Bila dah siap, baca surah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali, Ayat kursi dan tiga Qul. Amalkan minum air tombong ini setiap hari selama dua minggu dan sapu tempat yang gatal ketiga hendak tidur.
  9. Tombong kelapa mengandungi Omega 3 yang merupakan nutrisi penting untuk kesihatan dan membantu pertumbuhan otak, khususnya buat anak-anak kecil.
  10. Tombong kelapa juga dikatakan amat baik untuk mengubati masalah sakit buah pinggang. Cara merawat masalah buah pinggang ini dengan mengambil tombong kelapa segar dan perahkan air dalam tombong tersebut dalam gelas. Kalau boleh sekurang-kurangnya dua hari sekali selama 2 minggu.
Previous articleBahaya Merkuri dalam produk kosmetik pada kesihatan (Bahagian 2)
Next articleEddie Hamid syukur lagu dialek Kelantan ciptaannya ‘mendunia’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here