Konsert Memori Mungkin Berulang dianjur oleh syarikat milik Tomok bagi menghargai sokongan peminat.

Oleh: Wawa Najwa

SELEPAS berduet menerusi lagu “Memori Mungkin Berulang”, akhirnya Tomok dan Siti Nordiana mengambil keputusan untuk berkolaborasi menjayakan konsert bersama.

Tomok dan Siti Nordiana atau Nana bakal menjayakan ‘Konsert Memori Mungkin Berulang’ yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur, pada 1 Februari 2025 untuk menyanyikan lagu popular mereka sepanjang lebih 20 tahun dalam indusri muzik tanah air.

Konsert tersebut dianjur oleh syarikat Popsicle Records yang merupakan milik Tomok sendiri. Jelas Tomok, beliau amat berbesar hati kerana pertama bergabung dengan Siti Nordiana untuk mengimbau memori lama mereka yang mulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah.

Tomok dan Nana akan mendendangkan lagu-lagu popular mereka sepanjang konsert berlangsung.

“Pelbagai kejutan akan dipersembahkan sepanjang konsert ini berlangsung terutama lagu-lagu hits kami akan dinyanyikan sama ada saya mahupun Nana. Sepanjang kami bergelar penyanyi ini kali pertama kami berkolobarasi untuk demi penyokong dan peminat.

“Konsert ini juga akan kami mengimbau kenangan lagu Nana duet bersama dengan Allahyarham Achik yang akan dinyanyi oleh saya. Saya yakin lagu-lagu hits seperti “Memori Berkasih”, “Resipi Berkasih” dan “Gurauan Berkasih” akan ditunggu-tunggu oleh semua peminat.

“Harga tiket ditawarkan juga amat berpatutan dan saya yakin peminat kami berdua mampu memilikinya dan menyokong konsert kami ini. Kami akan berikan persembahan terbaik dan tidak merugikan wang anda,” kata Tomok.

Tiket untuk konsert ini dijual pada harga mampu milik.

Sementara itu, Siti Nordiana bersetuju untuk menjadi rakan konsert Tomok selepas menerima pelawaan daripada Tomok yang berhajat untuk menganjurkan konsert bersama dengan dirinya.

Kata Nana, pelawaan itu adalah satu peluangyang tidak wajar disia-siakan kerana ini antara hadiah terbaik buat peminatnya yang terus menyokong karier mereka dari sejak awal 2000 hingga sekarang.

“Memilih lagu duet kami iaitu “Memori Mungkin Berulang” sebagai teraju utama konsert ini adalah ia amat sinonim dengan saya dan juga Tomok. Dulu saya amat dikenali dengan Achik kerana kerap tampil dengan lagu-lagu duet yang menaikkan nama kami berdua.

Selepas berduet dalam lagu “Memori Mungkin Berulang”, kini Tomok dan Nana bersatu di pentas yang sama untuk konsert.

“Saya juga tidak menyangka lagu duet dengan Tomok diterima ramai dan sekali lagi cetus satu fenomena baharu untuk industri muzik masa kini yang dikelilingi generasi Z. Apa-apa pun saya bersyukur kerana lagu “Memori Mungkin Berulang” diterima di luar jangka terutama kepada anak-anak muda,” ujar Nana pula.

Tiket ‘Konsert Memori Mungkin Berulang’ akan mula dijual 28 Oktober ini dengan harga permulaan RM98, RM198, RM298, RM398, RM498 dan VIP BOX RM5000. Tiket boleh dibeli menerusi dalam talian iaitu di Ticket2u.

Previous articlePutera-Putera Munif Hijjaz Teruskan Legasi Nasyid
Next articleSelamat Menyambut Hari Deepavali 2024!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here