Mi Racun Tulang antara menu baru Restoran Rasa Rosz yang mendapat sambutan pengunjung.

Oleh : Nafsiah Jani

Mungkin anda nak tahu bagaimana cef di Restoran Rasa Rosz menyediakan Mi Racun viral yang begitu enak dan lazat sekali. Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz.

Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Fettuccini Rendang Daging, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Manakala pilihan air juga kini telah dipelbagaikan dengan sajian Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan. Selain Air Batu Campur (ABC) ini, terdapat juga air-air yang sedap untuk dinikmati iaitu Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Cef Bob bangga perkenalkan menu baru Restoran Rasa Rosz.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Bagi yang ingin menikmati hidangan ini, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tidak lama lagi cawangan kedua Restoran Rasa Rosz akan dibuka di IOI City Mall Putrajaya pada 11 November ini.

Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

Mi Racun Tulang

Bahan-bahannya:
200 gm mi kuning
Sedikit daging bersama tulang (Rebus tulang selama enam jam dan boleh dibekukan)

1 sudu besar cili boh
Air rebusan daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar keledek oren (rebus dan hancurkan)
1 sudu besar pes tomato
3 keping lobak merah
2 tangkai sawi
Sedikit perasa Lazzat
Gula secukup rasa
Garam secubit

Cara penyediaannya:

1.Panaskan kuali dan masukkan tulang dan sedikit daging (sudah sedia ada yang dibekukan) bersama air rebusan.

2. Kemudian masukkan cili boh, sos cili dan sos bagi memberi sedikit rasa kepedasan.

3. Setelah itu masukkan keledek hancur untuk memekatkan kuah Mi Racun Tulang.

4. Masukkan sayur lobak merah dan sawi. Bila sudah empuk perasakan dengan perasa Lazzat dan gula.

5. Sementara itu celur mi seketika dan letakkan dalam mangkuk. Tuangkan kuah tadi dan hiaskan dengan sedikit daun bawang. Mi Racun Tulang sedia untuk dihidangkan.

@rasaroszresto Jom gais datang ke Restoran Rasa Rosz untuk mencuba pelbagai MENU BAHARU seperti, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Mee Racun, Chicken/Beef Skewer, Honey Chicken Wing, Cantonese Kuey Teow dan pelbagai lagi🔥”. 📍Location: Aeon Big Wangsa Maju Lot G-05, 6, Section 5 Jalan 8/27a, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur ⏰Operation hour: 10 am – 9 pm #rasarosz #ratutumis #ratutumissambal #rasaroszresto #wangsamaju ♬ original sound – Rasa Rosz Resto

Previous articleRahsia Noor Azizah dengan P. Ramlee!
Next articleAfdlin Shauki Menyahut Seruan Bajet 2025 Untuk Belia Kreatif Madani!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here