Fettucini Rendang Daging yang cukup menyelerakan.

Oleh : Nafsiah Jani

Mungkin anda nak tahu bagaimana cef di Restoran Rasa Rosz menyediakan Fettucini Rendang Daging yang begitu enak dan lazat sekali. Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz.

Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.

Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia

Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.

Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Manakala pilihan air juga kini telah dipelbagaikan dengan sajian Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan. Selain Air Batu Campur (ABC) ini, terdapat juga air-air yang sedap untuk dinikmati iaitu Calamansi Asam Boi, Tembikai Lychee dan Iced Chocolate.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Eksekutif Pemasaran Restoran Rasa Rosz, Mohammad Faris Firdaus berharap menu baru ini akan terus mendapat sambutan.

Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.

Bagi yang ingin menikmati hidangan ini, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan pula bolehlah hubungi 013-8082772 (call / whatsapp).

Fettucini Rendang Daging

Bahan-bahannya:
200 gm Fettucini (rebus dan toskan)
3 keping daging tenderloin
Sebiji bawang Holland (potong dadu)
Daun limau purut (hiris nipis memanjang)
7 bii tomato cherry (belah dua)
Sedikit santan
1 sudu kecil chili flakes
Pes ratu tumis sambal
Sedikit perasa Lazzat
Sedikit butter untuk menggoreng
Hiasan:
Sedikit parmesan cheese

Cara penyediaannya:
1.Panaskan kuali dengan butter dan masukkan bawang holland bersama tujuh biji tomato cherry dan sedikit daun limau purut yang dihiris halus memanjang. Goreng seketika.
2.Masukkan daging tenderloin bersama pes rendang dan sedikit santan.
3.Kemudian perasakan dengan satu sudu makan chili flakes dan perasa lazzat dan gaul sebati
4.Boleh masukkan fettucini. Gaul-gaulkan hingga sebati. Setelah cukup rasa boleh dihidangkan Fettucini Rendang Daging bersama taburan parmesan cheese diatasnya.

@rasaroszresto RESTORAN NI CAMPURKAN PASTA KE DALAM RENDANG!!??(Biar betul, sedap ke??) -Fettuccine Beef Rendang 📍Location: Aeon Big Wangsa Maju Lot G-05, 6, Section 5 Jalan 8/27a, Wangsa Maju 53300, Kuala Lumpur ⏰Operation hour: 10 am – 10 pm #rasarosz #ratutumis #ratutumissambal #rasaroszresto #wangsamaju ♬ original sound – Rasa Rosz Resto

Previous articleMaria Menado dan Bollywood
Next articleBerita Baik…Jawatan Kosong Menanti Anda!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here