Oleh : Nafsiah Jani
Bunga rosella atau Hibiscus sabdariffa adalah tanaman yang tumbuh di wilayah Afrika Barat, Karibia dan Amerika Tengah. Kelopak bunga ini berwarna coklat kemerahan dan bentuknya mirip kembang sepatu.
Kini tanaman ini banyak juga ditanam di Malaysia sejak adanya kesedaran tentang kebaikan dan manfaat buah rosella merah ini kepada kesihatan manusia.
Tanaman herba ini mengandungi protein, tiamin, riboflavin, kalsium, zat besi, Magnesium, Kalium, Vitamin A dan vitamin C yang bermanfaat baik bagi tubuh. Dikatakan dengan mengambil Rosella ini dapat membantu tubuh meningkatkan kekebalan tubuh hingga dapat mencegah sebarang penyakit berbahaya.
Selain dimakan begitu sahaja, kini bunga rosella telah dijadikan serbuk teh herba rosella, kapsul dan serbuk. Rosella memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh. Terdapat banyak kandungan nutrisi dan antioksidan yang tinggi di dalam rosella yang dapat memberi beberapa manfaat untuk kesihatan seseorang.

Berikut merupakan manfaat dan kebaikan rosella:
- Rosella memiliki sifat anti inflamasi dan antioksidan yang dapat membantu mengurangkan peradangan kulit hingga menyebabkan timbulnya jerawat dimuka. Selain itu ia juga dapat membantu kulit kelihatan cerah dan berseri.
- Rosella juga mampu mengatasi kolesterol tinggi. Sediakan 5 keping bunga rosella bersama 3 cm haliia, satu batang kulit kayu manis, satu sudu makan madu bersama 400 ml air. Bakar halia dan ketuk-ketuk separuh hancur. Sementara itu rebus air hingga mendidih, masukkan bunga rosella kering, kayu manis dan halia tadi. Rebus kurang lebih kurang selama 3 minit atau hingga keluar warna merah. Angkat dan letak ke dalam gelas. Tambahkan madu untuk bagi sedikit rasa. Teh rosella halia sedia untuk diminum.
- Ia juga membantu agar kadar gula darah tetap stabil. Secara tidak langsung ia juga dapat mengurangkan risiko terjadinya penyakit kardiovaskular termasuk serangan jantung dan strok.
- Rosela merupakan salah satu tanaman yang kaya akan kandungan antioksidan. Kandungan ini mampu melindungi sel-sel tubuh dari paparan radikal bebas yang dapat menimbulkan berbagai macam penyakit seperti kanser.
- Rosella juga dikatakan dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi jika diamalkan pengambilannya secara tetap selama tiga hingga enam minggu.
- Kandungan antioksidan dalam rosella juga mampu menghalang terjadinya pengumpulan lemak dalam badan dengan meningkatkan metabolisme. Secara tidak langsung ia juga dapat mencegah berlakukan kegemukan. Untuk memastikan pengambilan rosella ini berkesan, ambil rosella tanpa ditambah sebarang gula. Selain itu seseorang itu perlu juga makan dan bersenam bagi memastikan diri sentiasa sihat.
- Kandungan kalsium yang tinggi didalam rosella juga dapat membantu memperkuat dan menjaga kesihatan gigi dan gusi.
- Wanita mengandung juga amat digalakkan mengambil teh rosella kerana ia kaya dengan zat besi yang diperlukan tubuh ibu mengandung. Cara menghasilkan teh rosella, ambil kelopaknya dan simpan dalam bekas kedap udara hingga kering. Untuk membuat teh, ambil 2 gram kelopak kering, dan hancurkan menjadi potongan-potongan kecil. Masukkan ke dalam jag air dan tambahkan 250 ml air mendidih Biarkan terendam selama lima minit. Kemudian buang kelopak tadi dan tambahkan pemanis yang bersesuaian. Selamat mencuba.
- Kandungan vitamin C yang tinggi dalam bunga rosella dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, melindungi dari sebarang jangkitan dan penyakit.
- Antioksidan dalam bunga rosella juga baik untuk kesihatan kulit. Ia juga membantu mengurangi tanda-tanda penuaan dan menjaga kulit agar tetap sihat dan tegang.

Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.