Nabila dan Nik Iruwan Nik Izani mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023.

Oleh: Wawa Najwa

ENGGAN membiarkan peminatnya berteka-teki tentang dirinya adakah sedang hamil atau sebaliknya, akhirnya penyanyi dan pelakon Nabila Razali tampil memberi kenyataan.

Nabila, 32, atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima bersama suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39, yang dinikahi pada 18 November 2023.

Nabila Razali berkongsi berita gembira dengan peminatnya.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” katanya yang dijangka bersalin pada Januari tahun depan.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya sepanjang kehamilan ini, Nabila berkata tiada perubahan ketara melainkan selera makan yang kian bertambah.

Dijangka bersalin pada Januari tahun hadapan.

“Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melampau dan alahan yang teruk. Hanya yang biasa saja. Kalau ada pun perubahan dari segi tenaga. Tapi, bagi saya ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil.

“Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini,” katanya.

Menurutnya yang popular menerusi lagu “Tangis”, kerjaya seni masih diteruskan dengan pelbagai perancangan menarik yang sudah dirangka.

Sejak hamil, selera makan Nabila bertambah.

“Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.

Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik,” ujarnya.

Nabila berkata, dengan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia, beliau yakin fasa ini akan menjadi satu lagi bab indah dalam kehidupannya.

Masih meneruskan jadual kerja yang telah diatur.

“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.

“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti,” katanya.

Previous articleHebatnya Habsah Buang terlibat filem Hollywood!
Next articleWow! Ais Kepal Milo dan Ais Kacang kini terdapat di Restoran Rasa Rosz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here