Image by freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Jika kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Kita juga akan mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat nanti.

Bila seseorang itu berakhlak mulia seperti Rasullullah SAW, ia akan menjadikan diri seseorang lebih beristiqamah dalam beribadah, membentuk umat berperibadi mulia dan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai. Kita juga seharusnya memiliki sikap mulia Rasullullah SAW, berani dalam membela kebenaran dan menyebarkan agama di jalan Allah SWT.

Semoga dengan menjadikan akhlak baginda Rasulullah SAW sebagai contoh teladan, kita dapat menjadi makhluk yang dipandang mulia dan disenangi semua orang.

Sememangnya amat tepat jika kita meletakkan keperibadian Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan panduan berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Abu Daud dan Ahmad yang bermaksud, “Rasulullah SAW bukan seorang yang keji dan tidak berbuat perbuatan yang keji, tidak berteriak di pasar dan tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Baginda seorang pemaaf dan sentiasa berlapang dada.”

Dibawah ini kami paparkan antara 10 daripada akhlak Rasullullah SAW yang perlu kita sebagai umatnya contohi.

1. Rasulullah SAW suka memulakan sesuatu perkara dengan anggota kanan. Rasulullah SAW berkata, “Apabila kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.”

2. Rasulullah SAW sentiasa merendah diri dan terlebih dahulu memberi salam kepada sesiapa yang dijumpai walaupun kanak-kanak.

3. Disini kita harus memiliki sikap pemurah, iaitu rendah hati atau tawaduk dan sabar dalam menghadapi segala cubaan.

Photo by Monstera Production: https://www.pexels.com/photo/multiethnic-couple-praying-at-table-before-eating-5996995/

4. Rasulullah SAW tidak mencela makanan yang tidak disukainya. Abu Hurairah ra. berkata : “Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila baginda berselera, baginda memakannya. Dan jika baginda tidak menyukainya, maka baginda meninggalkannya.” (HR. Bukhari Muslim).

5. Tidak bersandar ketika makan Rasulullah SAW bersabda : “Aku tidak makan dengan posisi bersandar (muttaki-an).” (HR. Bukhari). Rasulullah SAW jika makan, tidak makan dengan menggunakan alas duduk seperti bantal duduk sebagaimana orang-orang yang ingin makan dengan variasi menu makanan. Rasulullah SAW menjadikan amalan makannya sebagai ibadah kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, baginda duduk tanpa alas dan mengambil makanan secukupnya.

6. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Ini adalah etika pemakanan Nabi Muhammad SAW yang paling utama. Ini kerana apabila kita makan ketika lapar, secara tidak langsung kita akan makan dalam kuantiti yang banyak tanpa kita sedari.

7. Mula makan dari tepi, bukan dari tengah. Rasulullah SAW berkata, “Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncak (ke bawah).

8. Makan dan minum sambil duduk. Rasulullah SAW suatu ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah : “Bagaimana dengan makan?” Rasul menjawab : “Itu lebih buruk lagi.” (HR. Muslim)

9. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit. Dari Jabir ra. bahawa Rasulullah SAW pernah memegang tangan orang yang majdzum (kusta), beliau meletakkan tangannya pada piring makan seraya bersabda : “Makanlah, yakinlah kepada Allah SWT dan bertawakkallah.” (HR. Abu Daud).

10. Jujur dan amanah adalah sikap yang dimilki Rasulullah SAW. Ketika berdagang beliau terkenal dengan kejujurannya sehingga Rasulullah SAW diberi gelaran Al- Amin.

 

Previous articleMawi kongsi perjalanan seni di konsert Tsumawi, Januari 2025
Next articleRamai selebriti berniaga di pusat beli-belah Datum sempena MyDa.Bazaar!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here