Image by Racool_studio on Freepik

Oleh : Asmat Fikri

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan atau kurangkan bau badan. Tambahan pula pada zaman sekarang terdapat banyak kaedah dari segi perubatan moden atau tradisional yang senang didapati untuk mereka yang memerlukan. Malah, antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan bau badan adalah seperti berikut:

  1. Jaga kebersihan diri. Kerapkan mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Pastikan menggosok bahagian tertentu seperti di celah ketiak setiap kali mandi. Gantikan pakaian dalam dan luar jika dirasakan berpeluh ketika kerap lakukan aktiviti luar rumah. Malah, pastikan cukur bulu ketiak dengan kerap kerana ia salah satu punca badan berbau.
  2. Tahu cara tenangkan diri. Stres merupakan salah satu penyebab paling tinggi masalah bau badan pada wanita. Jadi amat penting bagi wanita untuk tahu menenangkan diri jika terjadi perkara yang boleh membangkitkan kemarahan atau tekanan.
  3. Pakai deodorant. Menurut Hello Doktor, kebanyakan deodoran yang dijual di pasaran mengandungi bahan yang berasaskan aluminium. Bahan ini dapat mengelakkan peluh dengan menyumbat kelenjar peluh. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan daripada menghasilkan lebih banyak peluh. Selalunya, produk antipeluh di pasaran mengandungi pewangi.
  4.  Elakkan makan makanan pedas dan berkafein. Makanan pedas akan menyebabkan kita berpeluh dan boleh menjadi punca badan berbau. Selain itu, minuman berkafein atau alkohol juga dapat membuatkan anda berpeluh lebih kerap. Jadi, kurangkanlah pengambilan minuman seperti ini untuk menghilangkan bau badan.
  5. Dapatkan rawatan. Sekiranya anda berpeluh dengan keterlaluan, ia merupakan sesuatu yang tidak normal. Jadi pastikan berjumpa doktor atau pakar perubatan untuk mengetahui lanjut berkaitan masalah tersebut sekaligus cara untuk menyelesaikannya.

Penutup

Jadi, sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, haruslah kita menangani masalah ini dengan sebaiknya masalah bau badan ini kerana ianya menganggu orang lain. Jika mengalami masalah bau badan, carilah jalan penyelesaian dengan segera. Bahkan, jika terdapat dalam kalangan kenalan rapat kita yang badannya berbau, tegurlah dengan penuh hikmah dan beradab.

Jangan terus jerkah pada tuan badan hingga menerbitkan rasa malu serta kurang senang dalam dirinya. Tetapi, tegurlah dengan cara baik dan berhemah agar dia dapat perbaiki diri di masa akan datang. Selain itu, kongsi sahaja artikel ini kepadanya tanpa memberitahu apa-apa agar dia faham dengan sendiri. Begitulah!

Previous articleAZAN BUKAN SEKADAR SERUAN SOLAT (Bahagian 2)
Next articleKhasiat herba Habbatus sauda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here