Image by svetlanasokolova on Freepik

Oleh : Nafsiah Jani

Badan anda sangat lemah, letih dan lesu serta tiada selera makan? Minumlah segelas air kelapa sebaik-baiknya air kelapa muda kerana rasanya cukup menyamankan, membantu menghilangkan tekanan dan menenangkan fikiran.

Bukan sahaja tubuh badan sihat, malah segala-galanya yang berkaitan dengan tubuh badan seseorang akan kelihatan segar, sihat dan bertenaga. Inilah antara manfaat minum air kelapa muda jika diamalkan setiap hari.

Air kelapa memang terkenal dengan keenakan rasa airnya yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Air kelapa mengandungi rendah kalori dan membekalkan mineral semulajadi kepada tubuh badan dan pelbagai vitamin seperti vitamin B, vitamin C, kalsium, magnesium serta potassium.

Buah kelapa dengan nama saintifik Cocos nucifera ini mengandungi 94% air serta mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dicernakan dalam bentuk gula serta elektrolit.

Walaupun rasanya agak manis, namun air kelapa mempunyai nilai kalori yang rendah iaitu 48 kalori sahaja dalam secawan menjadikannya sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja.

Secara umumnya, air kelapa selamat untuk diminum termasuk wanita hamil dan kanak-kanak. Namun dalam kebaikannya, ada juga sifat yang tidak baiknya air kelapa ini bagi sesetengah orang. Bagi pesakit hipertensi, individu dengan masalah buah pinggang serta mereka yang sedang mengambil ubat darah tinggi atau supplemen tertentu perlulah berhati-hati ketika mimun air kelapa muda.

Disini dipaparkan beberapa kebaikan, manfaat dan khasiat air kelapa yang perlu anda ketahui. Mereka yang ingin sentiasa sihat amalkanlah minum air kelapa ini setiap masa. Ia juga merupakan penawar bagi 1001 macam penyakit dalam tubuh badan seseorang.

Image by marymarkevich on Freepik
  1. Air kelapa muda merupakan antara minuman yang paling sesuai untuk mengembalikan kandungan air dan elektrolit yang hilang dalam tubuh.
    Disebabkan air kelapa mengandungi beberapa elektrolit penting seperti magnesium dan potassium, air ini lebih baik untuk diminum selepas bersenam berbanding air kosong kerana ia membekalkan penghidratan dan elektrolit kepada tubuh.
  2. Air kelapa juga dapat meningkatkan stamina kerana ia mengandungi elektrolit seperti kalium, natrium, asid amino, dan magnesium. Ketika anda kehilangan elektrolit melalui peluh, air kelapa membantu membawa nutrien serta oksigen ke sel dan secara semulajadi menambah elektrolit cecair badan yang hilang selepas bersenam dan mencegah kepenatan. Ia juga membantu anda lebih bertenaga dan dapat menjalani aktiviti fizikal dengan lebih lama tanpa merasa letih.
  3. Bagi yang menghadapi masalah jangkitan air kencing segeralah minum air kelapa setiap hari kerana air kelapa yang bersifat diuretik dapat membantu membuang toksin melalui air kencing. Masalah ini dapat dirawat kerana anda akan kerap membuang air kecil dan proses ini dapat membantu menyembuhkan jangkitan air kencing.
  4. Kandungan nutrisi kalium dalam air kelapa merupakan mineral yang penting bagi kesihatan jantung. Dengan mempertahankan tekanan darah yang sihat, anda juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, seperti hipertensi. Jika diamalkan setiap hari, ia juga dapat membantu menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh dan menjaga kesihatan jantung secara keseluruhan.
  5. Air kelapa memiliki indeks glikemik yang rendah. Ini bererti mereka yang ada penyakit diabetes boleh minum air kelapa ini tanpa sebarang sekatan kerana ia tidak menyebabkan peningkatan kadar gula berbanding air minuman manis yang lain. Malah air kelapa juga membantu mengatur metabolisme gula dalam tubuh.
  6. Selain mempunyai potensi untuk menurunkan tekanan darah, air kelapa juga dilihat mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Pengambilan air kelapa secara konsisten dapat mengurangkan tahap kolesterol dengan berkesan seakan ubat statin yang diambil pesakit kolesterol.
  7. Air kelapa muda juga sangat baik untuk mengawal dan mengembalikan suhu badan kepada paras normal. Kandungan elektrolit dalam minuman ini dapat membantu menggantikan ion dalam badan yang hilang ketika cuaca panas akibat dehidrasi. Jika seseorang itu mengalami demam atau demam panas, mereka digalakkan untuk minum air kelapa sekerap mungkin.
  8. Air kelapa juga dapat menjaga daya tahan tubuh kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi, salah satunya adalah vitamin C. Vitamin C adalah antioksidan yang dapat membantu melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, ia juga meningkatkan sistem kekebalan tubuh agar tidak mudah jatuh sakit dan mampu melawan sebarang jangkitan penyakit.
  9. Air kelapa mengandungi serat yang dapat membantu mencegah serta mengatasi sembelit yang sudah ada dengan melancarkan sistem pencernaan. Serat adalah komponen penting dalam makanan yang membantu mendorong pergerakan makanan melalui saluran pencernaan.
  10. Air kelapa juga dapat membantu mencegah pembentukan batu karang. Selain itu, air kelapa juga dapat membantu melarutkan batu karang yang sudah ada. Meskipun demikian, minum air kelapa secara teratur dapat menghalang pembentukkan batu karang dan membantu menjaga buah pinggang anda.

 

Previous articleMeneran dan mencangkung risiko buasir teruk (Bahagian 2)
Next articleRahmad Mega sentiasa positif dalam melayari kerjaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here