Antara "Teppan BBQ" untuk dinner yang dinantikan oleh pengunjung.

Oleh : Syed Wafa
Foto : Ehsan Hotel Concorde, Kuala Lumpur

Sesuatu yang ditunggu oleh pengunjung yang merindui bufet di Hotel Concorde. Kini Hotel Concorde, Kuala Lumpur memperkenalkan menu baru untuk bufet high tea dan bufet makan malam di coffee house, Melting Pot Café.

Bufet ini khas yang dihidangkan pada hujung minggu dan pastinya menambat selera keluarga dan rakan-rakan.

Antara menu lazat yang disediakan untuk bufet di Hotel Concorde.

Chef Adriano Teng, Eksekutif Chef bersama chef-chef lain, telah mengolah dan menampilkan masakan-masakan yang enak untuk setiap hidangan bufet. Muzik dan makanan enak tidak dapat dipisahkan, seperti yang sedia maklum, hanya di Melting Pot Cafe yang menyediakan ‘live’ band iaitu “Begema 5”.

Dengan suasana kasual, pengunjung boleh menjamu selera lebih selesa meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Nasi Ayam yang begitu terkenal di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Pastinya anda Ingin merasa hidangan signature Melting Pot yang popular seperti Hainanese chicken rice, beef rendang, satay, rojak buah dan di sudut ‘Goreng-Goreng’ dengan cucur sayur, cucur jagung, cekodok pisang, samosa dan goreng pisang.

Antara hidangan lain termasuklah kombinasi masakan Melayu, Cina dan India seperti sup soto ayam, ikan tiga rasa, ayam goreng berempah, rendang daging, fried Hokkien mee hoon, ayam tandoori, idli bersama chutney. Terdapay juga citarasa Mexico ialah beef chili con carne dan nachos, shawarma ayam, gyoza, pizza, the smashed burger, chicken mushroom ragout, sandwic Jepun yang dipanggil sando sandwich.

Jangan lepaskan peluang singgah ke stesen Teppan BBQ yang menyajikan steak, ikan bakar yang di masak ala minute oleh Chef Chef kami.

Pengunjung hanya perlu memilih daging, ikan, malah makanan laut segar untuk di masak dibakar a la minute.

Pelbagai jenis roti dan bun boleh dinikmati bersama sup-sup pilihan. Manakala, untuk sedikit kelainan nikmati salad ala Thai seperti Som Tam (kerabu betik), jika inginkan tahap kepedasan yang lebih lagi, tambah sedikit lagi cili padi.

Jom bersantai, menjamu selera dan berhibur sambil menghirup teh tarik yang amat popular di sini.

Harga Promosi : RM91.80 bersih seorang (harga asal RM108.00 bersih) Untuk kanak-kanak berumur 6 – 11 tahun, harga seorang adalah
RM54.00 bersih (potongan 50% dari harga asal)

Hidangan bufet makan malam pula menjadi lebih meriah dengan adanya lebih banyak pilihan. Hidangan terbahagi kepada beberapa stesen seperti pembuka selera berkonsepkan makanan Jepun, salad-salad segar, sup, smoked dan cold cuts, dim sum, hidangan panas, makanan barat, barbeku makanan laut serta pelbagai juadah masakan Barat, Melayu dan Cina. Seafood on ice – shucked oysters, tiger prawn dan mussels, Teppan BBQ dengan sajian ala minute, sashimi Jepun istimewa yang dikendalikan oleh chef dari Kazuma Japanese Restaurant. Restoran ini adalah restoran terbaru Hotel Concorde.

Anika pilihan bufet High Tea yang enak!

Penyediaan sashimi, maki rolls disediakan untuk orang ramai semasa bufet makan malam berlangsung. Hidangan signatures seperti chicken pie, Hainanese chicken rice, rendang tok, kari kepala ikan pengunjung wajib mencuba.

Manakala bahagian western cukup meriah antaranya roasted lamb bersama golden salmon filo pastry, penne seafood aglio olio, pan-fried lamb shoulder, mini chicken chop. Masakan Thai seperti white tom yam coconut chicken sup, Thai crabmeat rice, seafood green curry, Thai crispy fish served with mango salad dan cashew nuts, massaman beef curry.

Sambil menjamu selera dihiburkan dengan “Begema 5”

Ini semua membuat anda rambang mata untuk memilih sajian yang mahu dinikmati. Selain keenakannya yang sudah tentu menambat selera dengan harga yang ditawarkan amat berpatutan.

Antara aneka manisan yang istimewa adalah chocolate éclair, mixed fruit pavlova, ivory raspberry, Portuguese egg tart, matcha burnt cheese cake, deluxe cheese cake, carrot cake, pengat pisang, bubur kacang, seleksi kuih-muih Nyonya.

Persembahan “Begema 5” sungguh tidak mengecewakan pengunjung.

Bagi mereka yang ingin menyambut hari lahir bersama keluarga tersayang, dengan 20 orang tetamu boleh menerima sepotong kek, menyambut harijadi sambil diiringi oleh nyanyian merdu dari Bergema 5 strollers.

Harga Promosi Untuk Bufet Makan Malam.

RM142.80 bersih seorang (harga asal RM168.00 bersih)
Untuk kanak-kanak berumur 6 – 11 tahun, harga seorang adalah RM84.00 bersih (setelah potongan 50%).
*Harga promosi tidak termasuk untuk bufet festive seperti hari krismas dan sambutan malam tahun baru.

Tunggu apa lagi…Jom ramai-ramai bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan menjamu selera dengan hidangan bufet yang pelbagai dan sungguh enak di Hotel Concorde, Kuala Lumpur!

Untuk tempahan anda boleh hubungi di talian +603-27172233 atau +6012-3990734

Previous articleJuicy Luicy bergabung dengan band tempatan jayakan Malam Galau Kuala Lumpur
Next articleRisiko bersalin czer (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here