Saifulizan Sidek mahu sambutan kali ini berbeza.

Oleh: Wawa Najwa

SELALUNYA apabila merai sambutan ulang tahun seseorang atau syarikat pelbagai acara menarik dan meriah diadakan. Namun tidak bagi stesen TV AlHijrah (TVAH) kerana sempena merai ulang tahun ke-14 tahun, pihak pengurusannya mengambil pendekatan yang berbeza.

Tahun ini, Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat TV AlHijrah Saifulizan Sidek berkata, pihaknya ingin lari daripada kebiasaan sambutan ulang tahun stesen itu.

TV AlHijrah melalui program Hijrah Prihatin Kisah Mereka menyantuni penonton yang kurang bernasib baik.

“Selalunya kami yang menerima hadiah atau kek sempena sambutan ulang tahun, tapi kali ini kami ingin berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan.

“Kami percaya inisiatif seperti ini lebih dekat dengan masyarakat. Kami sudah mengadakan pelbagai program sambutan, jadi kali ini kita cuba lari daripada kebiasaan. Kita perlu berkongsi program yang selalu dibuat tapi tak nampak di televisyen yang mana ia sangat signifikan dengan TV AlHijrah,” katanya.

Justeru itu, TV AlHijrah melalui inisiatif program Hijrah Prihatin Kisah Mereka tampil untuk menyantuni penonton yang kurang bernasib baik.

Sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, PPR Desa Tun Razak, Cheras (Mualaf), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al Mahabbah dan Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah.

Saifulizan berkata, sepanjang lapan tahun Hijrah Prihatin turun ke lapangan, pihaknya sudah menjelajah ke beberapa lokasi yang kurang mendapat tumpuan seperti pulau dan penempatan terpilih di kawasan pedalaman.

Antara pulau itu seperti Pulau Redang, Pulau Aur, Pulau Pangkor, Pulau Tuba dan empat pulau di Semporna, Sabah.

Sebanyak 100 bakul makanan diberikan kepada pelbagai pertubuhan.

“Hampir 10 pulau kita sudah pergi. Seperti kita tahu, kos kehidupan di pulau tiga kali ganda lebih tinggi dari tanah besar. Jadi, kita bantu mereka dengan tujuan meringankan bebanan. Kami turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Kalau boleh memang nak bagi semua orang merasa. Sebab itu kita cuba sedaya upaya bantu. Ada kes berkala dan ada kita pantau. Bukan nak menunjuk, tapi kita nak memberi galakkan kepada rakan-rakan korporat lain untuk sama-sama menyumbang,” katanya.

Previous articleSebaknya…Pertemuan Air Mata Antara Rozita Dan Putri Ariani.
Next articleKelebihan Puasa Asyura (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here