Oleh : Nafsiah Jani
Anda ingin cantik dan sihat? Untuk menjadikan ianya sebuah realiti, buah naga adalah pilihan yang tepat untuk menjayakan misi anda untuk kekal sihat dan cantik sepanjang masa.
Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah naga yang berasal dari Amerika Tengah ini menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus minuman. Untuk kelihatan muda remaja, hidup sihat dan bertenaga sepanjang masa, sesuailah buah naga ini dimasukkan dalam menu diet harian anda.
Kajian juga menunjukkan pengambilan buah ini mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan mencegah masalah tekanan darah tinggi. Kandungan serat yang tinggi dalam buah naga membantu menstabilkan paras gula. Ia juga mengelakkan peningkatan gula secara mendadak selepas pengambilan makanan manis.
Buah ini juga merupakan pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan kerana kandungan zat besi yang terdapat dalam buah naga berfungsi membawa oksigen di dalam darah melalui sel darah merah. Ia juga penting dalam menguraikan makanan kepada tenaga. Oleh itu, makanan kaya zat besi seperti daging, ikan dan kekacang harus diletakkan dalam diet harian.
Buah ini memiliki pelbagai khasiat seperti vitamin C, karotena mineral dan fitoalbumin dan bagus untuk kesihatan kerana ia membantu melambatkan proses penuaan, mencegah kanser dan meningkatkan sistem imun badan.
Antara kebaikan dan manfaat mengambil buah naga sebagai diet harian anda:-
– Mereka yang sudah berusia dan ingin tampak muda, digalakkan banyak makan buah naga kerana ia baik untuk kecantikan kulit. Kandungan antioksidan dan vitamin C membantu menganjalkan serta melembutkan kulit wajah. Ia juga dapat mengurangkan kedutan diwajah, membuatkan kulit berseri kelihatan lebih muda dan sihat.
– Buah ini juga dapat membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana buah naga ini rendah kalori dan tinggi serat. Kandungan serat ini dapat mengawal selera makan dan membantu seseorang itu berasa kenyang sepanjang masa.
– Buah naga, rendah kalori dan tinggi serat dapat membantu dalam menurunkan berat badan dan mengawal selera makan. Serat didalamnya membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama dan secara tidak langsung ia membantu mereka yang menghadapi masalah untuk menurunkan berat badan.
– Buah naga dan pisang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral. Campuran kedua buah ini dapat membantu melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
– Buah naga merah juga sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi.
– Serat buah naga membantu melancarkan sistem penghadaman tubuh, sekali gus mengurangkan risiko sembelit dan masalah penghadaman lain.
– Mungkin selama ini susu dikatakan dapat membekalkan kalsium. Namun tahukah anda, selain susu, buah naga juga mengandungi kalsium dan magnesium yang terdapat di dalam buah ini mampu untuk menjaga tulang yang tinggi serta bebas lemak dan membantu menguatkan serta mengekalkan kesihatan tulang.
– Buah naga juga mempunyai kandungan vitamin dan garam mineral yang tinggi seperti vitamin C, B1, B2, B3, kalsium, phosphorus, zat besi, protin dan niacin membantu meningkatkan paras imuniti tubuh badan.
– Buah naga ini dapat membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik di usus yang baik untuk saluran pencernaan. Kandungan seratnya yang tinggi membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman.
– Selain dari vitamin C, buah ini juga mengandungi karotene yang bertindak sebagai agen antikanser. Lycopene yang menyebabkan warna merah pada buah tersebut menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko kanser kelenjar prostat
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.