Kepenatan Segala Usaha, Itulah Manisnya Sebuah Kejayaan!
Pepatah “No Pain, No Gain” merupakan gambaran yang tepat bagi orang yang hendak berjaya dalam kehidupan dan kerjaya mereka.
Setiap kejayaan yang diperolehi tidak datang dengan bergolek tanpa pengorbanan yang tinggi.
Kunci kejayaan sebenar adalah terletak kepada displin diri dan bukan hanya bergantung kepada kebijaksanaan yang dimiliki semata-mata.
Orang yang mempunyai tabiat yang positif merupakan orang yang semakin dekat dengan kejayaan kerana meletakkan diri mereka dalam persekitaran yang berjaya.
Jangan lelah untuk berjaya!