Image by freepik

Oleh : Asmat Fikri

Terdapat banyak masalah yang boleh berlaku akibat resdung dan lebih teruk jika ianya adalah di tahap yang sudah kronik. Antara masalah yang wujud pada pesakit resdung adalah gangguan tidur, masalah telinga, lelah, masalah sosial, jangkitan sinus dan keracunan makanan.

Mereka yang mengalami resdung, hidungnya akan selalu tersumbat dan ini juga mengganggu kualiti tidurnya. Pesakit juga boleh berdengkur dan lebih berisiko untuk mendapat obstructive sleep apnea’. Obstructive sleep apnea berlaku apabila pesakit berhenti bernafas seketika semasa tidur dan boleh menyebabkan masalah darah tinggi, penyakit jantung dan angin ahmar.

Itulah antara komplikasi yang boleh wujud jika mengalami resdung. Antara lain risikonya adalah menyebabkan berlakunya masalah seperti berikut:

1) Meningitis – Jangkitan dari sinus akan merebak ke selaput yang meliputi otak.

2) Masalah penglihatan – Jangkitan merebak ke soket mata boleh
menyebabkan gangguan penglihatan dan buta bagi kes yang teruk.

3) Bekuan darah – Jangkitan ke salur vena berdekatan dengan sinus boleh
menyebabkan cavernous sinus thrombosis yang mungkin membawa maut.

4) Cellulitis – Penyebaran jangkitan bakteria di kawasan kulit muka.

Resdung boleh dirawat

Seperti penyakit lain, resdung ini juga perlu kepada pemerhatian dan rawatan dari doktor. Justeru, jika terdapat tanda atau gejala seperti yang dinyatakan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dengan segera. Adapun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan gejala resdung yang menyerang. Antaranya adalah seperti;

  1. Rehat yang cukup
  2. Bernafas dalam wap panas dari semangkuk air ( boleh tambah sedikit
    minyak angin).
  3. Akupuntur – Akupuntur selalunya dilakukan untuk merawat kesakitan.
    Namun, kaedah tradisional ini lebih popular dan menjadi pilihan ramai
    sebagai rawatan resdung di rumah dan banyak lagi penyakit lain.
  4. Pastikan persekitaran rumah bersih dari kuman dan habuk
  5. Makan ubat penahan sakit ( panadol)
Image by freepik

Manakala di sini kami juga kongsikan jenis ubat yang boleh mengurangkan resdung secara cepat kepada pesakit. Ubat itu adalah;

1. Ubat Antihistamine
Ubat ini berfungsi untuk melawan kesan histamin yang menyebabkan simptom resdung. Loratadine atau Cetirizine merupakan antara ubat antihistamine yang popular di pasaran. Juga boleh berfungsi sebagai ubat selsema, lebih sesuai dimakan pada waktu malam kerana boleh menyebabkan mengantuk.

2. Ubat Spray Hidung Steroid
Sekiranya ubat antihistamine tidak memberi kesan yang ketara, doktor mungkin akan mengesyorkan penggunaan ubat spray hidung steroid.
Ia perlu digunakan pada jangka masa yang agak lama bagi mengurangkan keradangan dalam hidung.

3. Paracetamol
Ubat tahan sakit boleh digunakan untuk mengurangkan sakit kepala yang berlaku akibat resdung.

4. Antibiotik
Doktor akan mengesyorkan pengambilan antibiotik sekiranya pesakit disyaki mengalami resdung akibat jangkitan bakteria atau resdung berada pada tahap kronik.

Untuk memastikan ubat resdung yang digunakan benar-benar berkesan, anda perlulah elakkan daripada mengambil bahan pencetus (trigger) kepada alahan atau resdung yang dialami. Paling penting juga, dapatkan nasihat dari doktor jika penyakit itu dilihat berlarutan dan semakin memburukkan kesihatan.

Penutup

Oleh hal demikian, marilah kita semua menjaga kesihatan dan kebersihan diri sebelum terjadi penyakit yang tidak diingini seperti resdung ini. Malah, kita juga dapat mengurangkan risiko terjadinya radang sinus atau resdung ini melalui banyak cara, seperti hindari haiwan peliharaan berbulu seperti kucing dan anjing. Serta pastikan juga kelembapan rumah dalam keadaan baik serta gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara.

Kita juga disarankan untuk berhenti merokok dan hindarkan dari alkohol agar kesihatan dapat dilindung sebaik mungkin. Elakkan berada dalam cuaca sejuk ataupun boleh mengambil ubat selsema terlebih dahulu sebelum berenang dan menyelam. Semoga kita semua dihindari dari resdung dan juga penyakit berbahaya yang lain.

Previous articleSelamat Hari Guru!
Next articleRawatan Strok yang mudah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here