Oleh : Syed Wafa

Bufet di bulan Ramadan di Concorde Hotel, Kuala Lumpur kali ini bertemakan ‘Senandung Rasa’ antara yang menjadi perhatian pengunjung. Berbuka puasa dengan keluarga atau sahabat pastinya lebih meriah dengan seleksi menu kampung seperti siput sedut masak lemak cili padi, gulai tunjang lembu dan asam pedas ikan pari.

Bufet istimewa ini akan bermula pada 12 mac hingga 9 April. Bufet ini turut menyajikan gulai daging nangka muda, rendang tok, ikan masin masak lemak nenas, ikan patin masak tempoyak, kari kepala ikan, ayam masak madu dan ketam goreng.

Bufet ini berharga RM188 setiap seorang dengan potongan 50 peratus untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun.

Untuk tempahan, hubungi 012-3990734 atau e-mel kepada [email protected].

Previous articleProgram Wacana Srikandi Meraikan kehebatan Wanita Malaysia
Next articleRosyam Nor dipilih jadi duta ‘Usahawan PKNS’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here