Oleh Nafsiah Jani

Walaupun sambutan Tahun Baharu Cina sudah pun berlalu, namun Restoran Rasa Rosz tetap menawarkan set hidangan promosi Crispy Buttermilk Chicken pada harga yang berpatutan. Jadi cepat-cepatlah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz yang terletak di AEON Big, Wangsa Maju ini.

Hidangan set promosi istimewa untuk Tahun Baharu Cina ini akan berakhir pada hujung Februari ini. Jadi sebelum terlepas peluang menikmatinya pada harga berpatutan, cepat-cepat ke sana bersama keluarga mahupun sahabat handai.

Pada harga istimewa ini, Crispy Buttermilk Chicken dihidangkan bersama ayam yang cukup besar, kuah buttermilk yang sungguh sedap, lemak dan berkrim. Manakala untuk air minuman pula, pelanggan boleh memilih salah satu daripada air special yang ditawarkan iaitu Peach Lychee, Sunset Soda dan Sweet Splash.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, sempena Tahun Baharu Cina ini pihaknya memilih untuk mempromosikan hidangan sebegini.

“Promosi ini akan berakhir sehingga 29 Februari ini. Buat masa ini, sambutan hidangan set promosi Tahun Baharu Cina ini begitu hangat sekali. Memandangkan begitu banyak permintaan terhadap set ini setiap hari mungkin kami akan lanjutkan lagi promosi hidangan Crispy Buttermilk Chicken ini. Kalau boleh saya nak semua orang menikmati hidangan lazat ini”

Untuk menikmati minum petang sambil santai bersama keluarga atau rakan-rakan, Restoran Rasa Rosz juga menyediakan set minum petang hidangan kuih melayu bersama teh tarik dan kopi O. Pelanggan juga boleh menambah air secara percuma pada harga RM9.90 sahaja.

Restoran Rasa Rosz juga menyediakan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba. Antara menu yang ditawarkan adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Usahawan hebat…Datuk Sri Rozita bersama produk keluarannya yang hangat di pasaran.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.

Pada yang belum berkunjung ke Restoran Rasa Rosz jangan lepaskan peluang menikmati hidangan promosi istimewa ini dan lain-lain hidangan yang ada. Sekali cuba pasti nak lagi.

Previous articleAmy Mastura tetap santai, jarang cipta kontroversi
Next articleSatu pentas ramai artis popular, penonton terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here