Oleh Nafsiah Jani

Mungkin bagi sesetengah orang beranggapan daun pandan hanya sesuai dijadikan pewarna kuih-muih dan hanya sedap digunakan bagi melazatkan masakan. Disebabkan itu, daun pandan cukup popular di kalangan masyarakat kerana kegunaannya yang pelbagai.

Daun Pandan juga menjadi pilihan kerana rasa, aroma dan baunya yang kuat bagi menyedapkan masakan. Disebabkan itu daun pandan dijadikan sebagai pembalut nasi lemak, ayam pandan lauk-pauk yang lain seperti ayam, daging dan ikan sebelum dipanggang atau distim.

Namun tahukah anda selain menjadi bahan penyedap kepada masakan, daun pandan yang juga dikenali Pandanus Amaryllifolius atau disebut Screw Pine Leaves atau Pandan leaves mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan semua orang.

Daun pandan mempunyai kandungan minyak pati yang rendah, termasuklah 2-acetyl-1-pyrroline. Selain itu, ia juga mengandungi styrene, linalool, and β-cayophyllene. Tumbuhan wangi ini juga mengandungi pandamarine atau pandamarilactones yang memberi rasa, bau dan aroma seperti bunga.

Jadi bagi yang menghadapi masalah kesihatan dan inginkan kehidupan yang bahagia tanpa dibelenggu penyakit berusahalah menggunakan daun pandan sebagai bahan alternatif mengubati penyakit anda.

Daun pandan juga mempunyai banyak manfaat dan khasiat yang pasti membuatkan anda semua teruja dengan hasilnya. Di sini kami paparkan beberapa kebaikannya yang perlu anda tahu.

1. Bagi mereka yang menghadapi masalah kebas-kebas kaki, sakit-sakit pinggang dan kaki selalu kram kerana duduk terlalu lama eloklah amalkan minum jus daun pandan bersama halia. Ambil lima helai daun pandan dan satu inci halia dicuci bersih. Potong nipis dan kemudian rebus bersama satu cawan air halia. Rebus dan kacau hingga mendidih dan air menjadi setengah gelas. Tapis dan minum ketika air tu suam-suam. Minum air ini 30 selepas makan dan amalkan sehari sekali setiap hari. Hasilnya cukup menakjubkan dan masalah sakit pun segera hilang.

HungryHuy, CC BY 2.0 <https://creativecommons.org/licenses/by/2.0>, via Wikimedia Commons

2. Mereka yang menghadapi masalah untuk tidur atau dikenali insomnia kerana tertekan dari segi mental dan fizikalnya juga sesuai menggunakan daun pandan. Masukkan daun pandan ke dalam semua masakan kerana daun pandan dipercayai dapat merawat insomnia kerana ia mengandungi sebatian alkaloid yang boleh membantu memberi kelegaan terhadap tubuh badan. Ia juga boleh menenangkan anda dan memudahkan tidur dengan lena.

3. Teh pandan juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan anda. Selain itu, minuman ini jika diamalkan dua kali sehari juga dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan dalaman dan membantu sistem pencernaan perut. Ia terbukti boleh menyahtoksik tubuh badan anda sekiranya diambil secara tetap dan kerap.

4. Daun pandan mengandungi laxative yang boleh berfungsi untuk melegakan kesakitan pada tubuh badan kepala, telinga, dada dan arthritis. Bagi para ibu pula, pengambilan ekstraknya juga boleh membantu pemulihan selepas bersalin atau ketika berpantang.

5. Jus daun pandan juga dikatakan dapat membantu mengawal penyakit kencing manis yang disebabkan oleh kekurangan penghasilan insulin dalam tubuh badan yang berfungsi untuk menyerap glukosa. Ini akan menyebabkan ekstrak glukosa yang tidak dapat diserap terkumpul dalam saluran darah. Salah satu rawatan diabetes adalah menggantikan gula dengan daun pandan apabila membuat air. Jus ini akan membuat minuman anda lebih segar dan lebih rasa tanpa menggunakan gula.

6. Daun pandan juga dikatakan bagus untuk merawat Rheumatism yang menyebabkan kesakitan atau kebengkakan pada otot atau sendi. Ia disebabkan oleh pengambilan makanan yang tinggi kandungan asid urik seperti bayam, kerang, udang, ikan, daging merah dan juga gaya hidup yang banyak minum alkohol. Ambil beberapa helai daun pandan, basuh dan potong ia kepada beberapa bahagian. Rebus dengan separuh cawan minyak kelapa yang telah dididihkan dan kacau sehingga sebati. Bila dah sejuk, gunakan ia sebagai sapuan untuk mengurut bahagian tubuh badan yang sakit.

7. Masalah kulit berpanau atau kulit terbakar yang disebabkan infeksi kulat kepada kulit membuatkan kulit menjadi tidak rata dan mungkin akan menyebabkan kegatalan. Bagi mengatasi masalah ini, rebus daun pandan bersama air dan sedikit garam. Kemudian, minum atau sapukannya pada bahagian kulit yang dijangkiti. Proses ini perlu dilakukan berulang kali bagi mempercepatkan lagi proses pemulihan.

8. Daun pandan juga dikatakan dapat mengatasi lemah syahwat dikalangan kaum lelaki iaitu ejakulasi pramatang atau mati pucuk. Ambil sehiris halia dan sekeping kulit kayu manis serta beberapa biji halba yang dicampurkan bersama tiga helai daun pandan. Rebus dengan empat gelas air hingga menjadi sebanyak dua gelas. Minum jus tersebut dua kali sehari. Insya-Allah anda akan teruja dengan hasilnya.

Previous articleCara tradisional merawat senggugut – (Bahagian 2)
Next articleSelamat Tahun Baru Cina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here