Image by krakenimages.com on Freepik

Oleh : Asmat Fikri

Betul ke saya ada strok?

KADANGKALA terdetik dalam hati, macam mana nak tahu kita ada strok? Justeru, ia boleh dijangka jika anda mengalami salah satu gejala strok, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran. Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan sama ada anda mengalami strok atau angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

Dengan itu, di sini kami senaraikan antara gejala strok yang boleh diberi perhatian untuk tindakan lanjut dengan berjumpa pakar kesihatan. Gejalanya adalah seperti berikut:

• Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan. Biasanya semut-semut kerap berlaku pada kaki dan tangan secara tiba-tiba.

• Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba. Pesakit strok akan mulai rasa kejang pada kawasan muka, lengan atau kaki. Strok juga akan menyebabkan pesakit lumpuh pada sebelah badan sahaja. Cuba angkat kedua-dua belah tangan. Jika sebelah tangan sukar untuk diangkat, anda mungkin sedang mengalami serangan strok.

• Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba. Apabila diserang strok, anda akan mengalami kesukaran untuk bertutur dan mereka juga tidak memahami percakapan orang lain.

• Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu. Strok juga akan menyebabkan rasa mual, pening, loya dan boleh muntah- muntah.

• Penglihatan tiba-tiba kabur pada sebelah mata atau kedua-dua belah mata. Anda mungkin sukar melihat pada sebelah mata, menjadi buta atau penglihatan menjadi bertindih.

• Sukar berjalan, pening, hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba.
Sukar untuk mengimbangi badan dan boleh hilang kawalan secara tiba-tiba. Pesakit boleh jatuh dan tidak mampu untuk berdiri sendiri tanpa bantuan orang lain.

• Sukar menelan. Pesakit strok juga sukar menelan makanan bahkan ada yang terasa sakit, walaupun untuk menelan air liur sendiri.

Image by Freepik

Kurangkan risiko strok

Walaupun kebarangkalian strok sangat tinggi, namun ia bukan bermaksud ia tidak mampu dielak. Sebagaimana penyakit lain, anda masih boleh mengurangkan risiko untuk terkena strok dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang baik. Selain itu, risiko strok atau angin ahmar turut dapat dikurangkan menerusi aktiviti di bawah:

• Kawal tekanan darah
• Kawal tahap kolesterol
• Kawal penyakit diabetes
• Amalkan cara pemakanan sihat
• Berhenti merokok
• Kerap bersenam
• Menangani tekanan mental
• Kurangkan pengambilan minuman keras

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, meskipun wanita berumur kurang 35 tahun dikaitkan dengan risiko terkena serangan strok, namun ia masih boleh diselamatkan jika mengamalkan gaya hidup yang sihat dan juga mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Kesan strok ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal jika tidak dipulihkan segera. Dengan itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit strok.

Disini kami kongsikan lima senarai pusat pemulihan yang pesakit strok boleh mendapatkan rawatan fisioterapi dan juga kaunseling bagi tujuan pemulihan. Senarai tersebut adalah seperti berikut:

1. Iswanah Physiotherapy Batu Caves (Batu Caves) – 019-811 0469
2. Chong Physiotherapy & Rehabilitation Centre (Kajang)-018-2250159
3. Kare Physiotherapy Centre (Selayang) – 012-237 2685
4. Physiogo Fisioterapi (Wangsa maju) – 0138041322
5. Flex Physiotherapy (Kelantan, Terengganu, Pahang) – 013-860 6008

Previous articleCara menghilangkan jerawat
Next articleRahsia Ramlah Ram bertahan lama dalam industri seni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here