Kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani.

Oleh Syed Wafa

Sempena penutup tahun 2023 ini, kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani rasa amat bertuah kerana dapat menyambutnya dengan KONSERT GENDANG MADANI yang akan berlangsung pada 30 Disember ini bertempat di Tapak Parkir Mitc, Melaka.

Konsert yang berlangsung selama satu jam setengah menampilkan barisan artis hebat iaitu Rabbani, Daqmie, Dendang Anak, Saujana, Aeydan serta Anas & Friend.

KONSERT GENDANG MADANI di anjurkan oleh Rabbani Empire Resources dengan kerjasama Jom Santai Food Festival, Naurah Tour dan mendapat sokongan dari Toursim Malaysia. Orang ramai boleh datang seawal 20 haribulan sehingga 31 Dis 2023 kerana ada jualan makanan dan pelbagai aktiviti lain. Pengunjung bertuah akan layak memenangi hadiah cabutan bertuah berupa pakej percutian sumbangan Naurah Tour.

Memilih tema Gendang Madani ini adalah bertujuan menyambut kedatangan Tahun baru 2024 dan juga menarik pelancongan ke Melaka dan Malaysia.

Dari zaman dahulu gendang adalah alat yang digunakan untuk menyambut tetamu dan pembesar dari dalam dan luar negara.
Bagi kumpulan nasyid Rabbani juga menjadikan gendang adalah alat utama dalam penghasilan sesuatu karya lagu nasyid itu sendiri.

Anda boleh klik link ini dan daftar untuk melayakkan anda mendapat hadiah cabutan bertuah berupa pakej penginapan tajaan Naurah Tour : https://bboxx.me/Pendaftaran-Cabutan-Bertuah

Previous articleRohayu Majid lancarkan ‘Fan Club’ buat peminat!
Next articleCara menghilangkan jerawat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here