Oleh Wawa Najwa

Sekarang ini seakan menjadi trend apabila penyanyi masa kini akan membuat rakaman semula lagu-lagu lama yang popular. Salah sebuah lagu yang masih menyentuh jiwa tatkala mendengarnya adalah lagu ‘Seribu Tahun’, dendangan Imran Ajmain.

Lagu yang dikeluarkan pada 2007 itu menjadi perhatian penyanyi Jaz Hayat atau nama sebenarnya Aziz Hayat.

Jaz. 30, merupakan seorang pemuzik dari Brunei Darussalam dan pernah tampil dengan single ‘Dari Mata’ pada 2016 yang mendapat sambutan baik di industri muzik Indonesia.

Jaz Hayat, berasal dari Brunei yang popular di Indonesia.

Menurut Jaz, pada awalnya beliau suka-suka memuat naik lagu ‘Seribu Tahun’ nyanyiannya di Instagram dan tak sangka mendapat sambutan hangat daripada pengikutnya.

“Saya sangat sukakan lagu ‘Seribu Tahun’ ini dan dijadikan sebagai content di Instagram dengan durasi satu minit 30 saat itu tiba-tiba mendapat sambutan daripada peminat.

“Setelah itu, saya dan pihak syarikat rakaman Sony Music Entertainment berbincang untuk menghasilkan ia sebagai lagu saduran untuk keluaran single terbaharu pada tahun ini selepas keluaran single ‘Bersamamu’,” kata Jaz berkongsi tentang proses lagu ‘Seribu Tahun’ dihasilkan.

Lagu ini juga telah mendapat sentuhan istimewa daripada komposisi asal Taufik Batisah dan penerbit lagu iaitu Seek yang membawa unsur yang fresh dan terkini.

Selain itu, lagu ini sangat istimewa untuk Jaz kerana ia mengisahkan tentang kesetiaan seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun seribu tahun lamanya.
Jaz berasa teruja dengan keluaran lagu ini agar pendengar dapat kaitkan dengan pengalaman peribadi masing-masing.

“Menurut saya, lagu ini mengenai kesetiaan seseorang yang akan bertahan seribu tahun lamanya dan adakah ia mampu bertahan selama itu? Keunikan lagu ini juga tiada kesimpulan, sebaliknya ia memberi persoalan kepada pendengar,” Jaz berkata tentang keistimewaan lagu ini.

Dari sudut aspek lagu, ‘Seribu Tahun’ mempunyai makna lirik yang mendalam dan melodi yang indah, sekali gus genre balada telah mengembalikan gaya nyanyian asal seperti single sulungnya, ‘Dari Mata’ dan ini dapat membantu Jaz dalam menyampaikan karya ini dengan lebih baik.

“Ketika saya sekolah menengah, ‘Seribu Tahun’ sudah pun popular di Brunei, Singapura dan Malaysia. Lagu ini mempunyai lirik yang indah dan melodi yang menarik. Genre balada ini juga dapat mengembalikan cara nyanyian asal saya seperti single pertama dahulu,” kata Jaz.

Jaz Hayat merakam semula lagu ‘Seribu Tahun’ dendangan asal oleh Imran Ajmain.

Selain itu, lagu ‘Seribu Tahun’ ini telah mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia, apabila disenaraikan di dalam empat buah playlist teratas di saluran strim digital, Spotify seperti Galau Rabak, Carta Malaysia, Pop Balada dan Pop Terkini.

“Saya tidak sangka lagu ini mendapat sambutan daripada Malaysia, dengan pencapaian ini saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih atas sokongan kerjaya saya terutamanya lagu ‘Seribu Tahun’ ini. Semoga tahun akan datang saya akan menghasilkan karya-karya yang lebih banyak dan berkualiti tinggi” Jaz menjelaskan rasa bersyukurnya.

Lagu ‘Seribu Tahun’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Previous articleErma Fatima ajak orang ramai sambut tahun baharu dengan program ilmiah
Next article10 amalan Rasulullah SAW

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here