Azadan Abdul Aziz peka nasib yang menimpa rakyat Palestin

Oleh Syed Wafa

Atas dasar kemanusian dan nasib yang menimpa penduduk Palestin,Pertubuhan Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID Malaysia) iaitu sebuah NGO berdaftar dengan pihak ROS bersama pihak KGM Events, Tiga Warisan Sdn Bhd dan Pertubuhan Kebajikan Farah Lee bakal menganjurkan program Himpunan Solidarity 4 Gaza bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 29 Oktober 2023 ini bermula pukul 9.00 malam hingga pukul 11 malam.

Menurut Azadan Abdul Aziz ketua kumpulan nasyid terkenal,Rabbani dan juga tulang belakang program ini berkata,program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepedulian masyarakat awam tentang isu kemanusiaan khususnya di Palestin melalui pementasan aktiviti kesenian nasyid, bacaan puisi dan pidato ringkas daripada pimpinan masyarakat dan NGO tempatan.

Program ini akan melibatkan lebih 100 aktivis nasyid dan selebriti terkenal tanah air seperti Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica, Brothers, Awla dan ramai lagi.

Pada masa yang sama, pihak Radio Zayan iaitu radio islamik milik Astro Radio juga telah bersetuju untuk bertindak sebagai rakan radio sekaligus menjadi medium publisiti selain platform media social semua artis dan entiti terlibat.

Program Solidarity 4 Gaza adalah kesinambungan daripada siri himpunan kemanusiaan bertemakan ‘Pray 4’ yang pernah dianjurkan di lokasi yang sama beberapa tahun sebelum ini yang melibatkan isu kemanusian di Palestin, Syria, Rohingnya dan seumpamanya.

Siri sebelum ini telah mendapat sambutan ribuan hadirin dan mendapat liputan yang baik di media massa.

“Adalah diharapkan, program ini akan mendapat sokongan semua pihak demi mencapai objektifnya yang kita semua harapkan,”kata Azadan bersungguh-sungguh.

Previous articleHrithik Roshan bakal gegarkan Kuala Lumpur!
Next articleTransaksi Emas Boleh Jadi Harus dan Haram (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here