PilotChicago, CC BY-SA 4.0 , via Wikimedia Commons

Oleh Syed Wafa

SESUNGGUHNYA Malaysia bumi bertuah ini mempunyai banyak spesies tumbuhan yang memberi banyak manfaat kepada masyarakat negara kita.

Pokok lidah buaya atau ‘Aloe Vera’ antara tumbuhan di Malayisia yang mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi.

Pokok lidah buaya ini bukan sahaja menjadi hiasan di halaman rumah malah lebih dari itu.

Ramai juga yang menggunakan serta mengamalkan pokok ini untuk merawat masalah rambut dan kulit wajah.

Andrea Pavanello, CC BY-SA 3.0 IT <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/it/deed.en>, via Wikimedia Commons

Sebab itulah banyak kita lihat di luar sana produk yang berasaskan dari pokok lidah buaya atau aloe vera seperti shampoo atau pencuci muka.

Daun lidah buaya mengandungi asid salisilik yang bertindak sebagai ejen untuk menghalang penghasilan minyak yang berlebihan pada kulit.

Ini antara 10 khasiat yang anda peroleh jika dijadikan jus untuk minuman harian anda atau lendir (gel) dari daun lidah buaya ini disapukan pada kulit wajah dan kulit kepala.

  1. Daun lidah buaya dapat merawat luka dengan sapukan lendir atau gel lidah buaya di bahagian luka.
  2. Jus lidah buaya boleh mengurangkan berat badan jika diamalkan hari-hari.
  3. Daun lidah buaya dapat hilangkan kelemumur dengan urutkan lendir lidah buaya di kawasan kulit kepala..
  4. Daun lidah buaya menghilangkan masalah rambut gugur dengan menyapukan lendir lidah buaya di kulit kepala dan
        rambut supaya lebih sihat.
  5. Mengatasi kulit berminyak dengan menyapukan lendir lidah buaya di kulit wajah bagi mengawal minyak berlebihan.
  6. Menghilangkan jerawat dengan menyapukan lendir atau gel di kulit wajah setiap hari.
  7. Melancarkan buang air besar dengan mengamalkan jus lidah buaya setiap hari.
  8. Mencegah kanser dengan mengamalkan jus lidah buaya.
  9. Mengurangi kolesterol jika mengamalkan jus lidah buaya.
  10. Merawat diabetes dan kadar gula dalam darah dengan mengamalkan jus lidah buaya.

Tunggu apa lagi, jom amalkan lidah buaya untuk kesihatan dan kecantikan untuk diri anda!

Previous articleRasa Rosz sertai pameran FHM 2023
Next articleSelamat Menyambut Hari Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here