Oleh Syed Wafa

PEMEGANG Amanah Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar telah melawat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC International College) baru-baru ini bagi mencari peluang kerjasama dengan universiti luar negara.

Sebelum ini, YPC telah bekerjasama dengan Universiti Liverpool John Moores di United Kingdom (UK) untuk pengajian peringkat degree dan mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar negara ini.

Pada lawatan itu, Tuan Asmawi juga berkesempatan bertemu dengan Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee untuk membincangkan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional dengan pusat pengajian luar negara.

“Saya berharap dapat mempromosikan YPC kepada para pelajar Malaysia dan di luar negara bagi menyambung pembelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi dan cemerlang.

“Saya yakin YPC adalah sebuah kolej yang mementingkan kualiti pendidikan serta pengajian bertaraf antarabangsa,” kata Tuan Asmawi.

Di samping itu, YPC juga menyediakan biasiswa untuk para pelajar kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak mengikuti program Asasi dan juga program pengajian di Universiti Liverpool John Moores, di UK.

Syed Ali Alhabshee memberitahu bagi para pelajar yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah boleh memohon biasiswa YPC.

Menurut Tuan Asmawi, pertemuan tersebut amat bermakna kerana dapat mempromosikan pusat pengajian tinggi di Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pusat pengajian tinggi setanding luar negara seperti YPC,” kata Tuan Asmawi.

Bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian di sini atau sebarang pertanyaan dan info boleh hubungi di e-mel [email protected].

Previous articleKunyah 40 Kali Dengan Doa
Next articleDari jalanan Bob & Sentuhan Band bakal adakan konsert 18 November

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here