Oleh Nafsiah Jani / Foto: Afhzahafiez Kamaruddin
NEGERI Kelantan cukup terkenal dengan pantai dan kawasan peranginannya yang indah dan cantik. Terbaru Kawasan mandi-manda yang terletak di Kampung Lawar, Jeli, Kelantan dikatakan mempunyai persamaan macam Kashmir, Pakistan iaitu Lata Kashmir.
Keindahan alam semula jadinya ditambah dengan hamparan rumput menghijau berhampiran Empangan Pergau menjadikan lokasi ini setiap hari diserbu ratusan pengunjung dari dalam dan luar negeri.
Lata Kashmir adalah satu lokasi baharu pelancongan yang sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti water rafting dan tubing. Lata Kashmir ini sebenarnya berada dalam kebun buah-buahan seluas kira-kira 1.2 hektar yang ditanam pokok buah-buahan antaranya durian, rambutan dan dokong.
Selain itu, Lata Kashmir juga menyediakan pakej aktiviti ‘jungle trekking’ bagi mereka yang meminati aktiviti lasak seperti meredah jeram dari Lata Kashmir ke Gunung Reng yang mengambil masa dua jam.
Selain berkelah dan mandi-manda di sungai, pengunjung juga berpeluang bermalam di sini kerana terdapat 15 buah khemah turut disediakan untuk disewa dengan pelbagai kemudahan termasuk tandas, tempat mandi dan surau.
Lebih menarik, pengunjung juga boleh mengunjungi Kawasan air terjun yang berdekatan dengan Lata Kashmir iaitu Air Terjun Lata Cuit dan Lata Perah di Kampung Lata Janggut, Lata Hokkaido serta air terjun Diwale yang terletak dua kilometer dari Lata Kashmir.
Mereka yang berminat untuk berkunjung ke sini boleh Waze Lorong Jeli Lama, Kampung.
Penulis, Nafsiah Jani adalah penyumbang tetap Lady Bosz. Beliau juga adalah juga bekas wartawan hiburan Utusan Malaysia.