Oleh Syed Wafa / Foto Ehsan Pertubuhan Nur Muaqobah

BARU-BARU ini bertempat di MRI Risedenc, Sungai Buloh, Pertubuhan Nur Muaqobah (PNM) bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan ‘Program Refleksi & Mengenal Keupayaan Diri’ bagi menarik minat ‘komuniti Disayangi’ kategori golongan LGBT yang ingin berubah ke arah yang lebih positif.

Program ini diadakan pada 27 Ogos lalu dan telah mendapat sambutan lebih dari 40 peserta.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Nur Muaqobah, Norasikin Yunsi, peserta dalam kalangan LGBT yang terdiri daripada ‘Komuniti Disayangi’ ini kelihatan sungguh gembira dan bersemangat menyertai program ini untuk mendekatkan diri kepada agama.

PESERTA melakukan aktiviti bersama penceramah jemputan Syed Wafa.

“Mereka sebenarnya ingin berubah, dan syukur pihak NGO di bawah saya bersama MAIS mengadakan program ini untuk membantu mereka berubah ke arah yang lebih baik,” jelas Shikin lagi.

Banyak pengisian yang dapat membantu golongan LGBT ini untuk dijadikan panduan dalam hidup mereka.

Berbagai aktiviti diadakan, antaranya ceramah dari wakil MAIS, Ustaz Mohd Nasruddin bin Mohajir yang juga merupakan Guru Pembimbing Kelas Al Riqab MAIS, Pelancaran tabung khairat kematian PNM, solat berjemaah dan banyak lagi.

“Pihak kami juga menjemput dua penceramah untuk memberi motivasi kepada golongan LGBT ini, antaranya Puan Amelia Mohamed Amin yang memberi ceramah mengenai refleksi dan mengenal potensi diri,” jelas Shikin.

USTAZ Mohd Nasruddin bin Mohajir (tengah) dari MAIS turut menjayakan program pada hari tersebut.

“Paling istimewa kami amat berbesar hati kerana Syed Yusof Wafa, iaitu seorang selebriti dan youtuber terkenal sudi memberi ceramah dan semangat kepada golongan LGBT ini untuk berjaya ke arah yang lebih positif,” jelas Shikin lagi.

Sebelum ini banyak aktiviti dijalankan oleh pertubuhan tersebut bersama MAIS dalam usaha mendekatkan golongan LGBT kepada agama.

“Sebenarnya ramai golongan ini ingin pulang ke pangkal jalan, tapi mereka tidak diberi peluang dan dorongan. Paling kecewa kerana ramai yang memandang rendah terhadap mereka,” kata Shikin kesal.

Shikin juga akan kerap mengadakan program seperti ini bersama MAIS bagi menarik minat ‘komuniti disayangi’, terutamanya golongan LGBT yang ingin berubah.

Previous articleKuala Lumpur Menunggu Ayah !
Next articleHalia Penuh dengan Khasiat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here