Oleh Nurul Fadhlin Che Ismail (Lin)

1. Pastikan anda mengambil hibah takaful supaya anak-anak yang masih kecil mempunyai kewangan untuk meneruskan hidup sekiranya anda (ibu) juga meninggal. Wang hibah juga boleh digunakan sebagai bayaran upah penjaga anak-anak yang masih kecil sekiranya anda juga meninggal.

2. Selain itu, wang hibah takaful juga boleh digunakan untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada dan mungkin tidak mampu dibayar ketika hidup seperti pinjaman kereta, pinjaman pribadi dan sebagainya.

3. Pastikan anda membuat wasiat. Wasiat adalah dokumen penting yang akan membantu memudahkan waris untuk menyelesaikan faraid mereka.

4. Sekiranya anda meninggal ketika anak-anak masih kecil, sudah tentu tiada siapa yang akan membantu menguruskan harta faraid yang sepatutnya mereka miliki. Begitu juga ibu bapa yang sudah tua juga berkemungkinan tidak dapat mencairkan harta tersebut. Sedangkan harta itu sangat penting untuk anak-anak yang masih kecil bagi meneruskan hidup. Oleh itu, melalui wasiat ini, anda boleh melantik pentadbir atau individu yang dipercayai bagi membantu menguruskan harta untuk ahli faraid anda.

5. Melalui wasiat, proses mencairkan harta akan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, proses yang mengambil masa sehingga 3 tahun dapat dipendekkan menjadi satu tahun sahaja.

6. Melalui wasiat juga, anda boleh melantik penjaga yang layak untuk menjaga anak-anak sekiranya anda meninggal. Lantikan ini sangat penting supaya nasib anak-anak kecil ini terbela.

7. Melalui wasiat anda boleh senaraikan segala hutang yang pernah dibuat. Ini kerana, hutang biasanya hanya diketahui oleh anda sahaja. Apabila meninggal dunia, pihak yang diamanahkan akan menyelesaikan segala hutang yang anda miliki. Ia penting supaya anda selamat di akhirat.

8. Melalui wasiat, anda boleh menyenaraikan segala aset yang dimiliki. Ini bagi memudahkan proses mencari dan mencairkan harta anda dengan kadar segera.

9. Melalui wasiat juga, anda boleh mengarahkan pihak yang membuat wasiat untuk menyediakan pelan kewangan. Sebagai contoh, harta atau wang yang ditinggalkan hendaklah diberikan kepada anak-anak bawah umur secara bulanan. Ini penting supaya wang tersebut digunakan dengan sebaik-baiknya dan tidak dikhianati oleh sesiapa pun. Ini kerana, terdapat pihak-pihak tertentu seperti ahli keluarga yang dianggap boleh menjaga amanah harta anak yatim, akhirnya menggunakan wang berkenaan secara haram.

10. Melalui wasiat juga, anda boleh kemukakan pelbagai nasihat kepada anak-anak supaya sentiasa menjaga agama agar anda dan suami tidak disiksa di akhirat nanti akibat perbuatan anak-anak di dunia ini.

11. Hibah Harta juga penting. Ia bertujuan memberi harta yang lebih tinggi atau lebih bernilai kepada ahli faraid yang dikasihi seperti anak-anak. Anak-anak yang masih kecil atau anak-anak kelainan Upaya (OKU) memerlukan kewangan yang lebih. Oleh itu, dengan adanya hibah harta, anda boleh memberi lebih banyak kepada individu yang memerlukan.

Previous articleKegigihan Nenek Sri Medan
Next article“Guidelines for Achieving Success in All Areas of Life: 12 Rules to Follow”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here