Oleh Syed Wafa

PERSATUAN Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal “Sepanjang Jalan Kenangan” pada hari Sabtu 9 September 2023 pukul 8.00 malam di Grand Ballroom, Melaka International Convention Centre, Ayer Keroh, Melaka.

Program ini dinaungi oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Inisiatif program ini adalah bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada ahli-ahli yang sedang terlantar sakit, hilang punca pendapatan akibat penyakit kronik dan meringankan beban kehidupan seharian mereka yang kurang mendapat tawaran berkarya kerana terpaksa bersaing dengan artis muda yang mempunyai lebih ramai ‘followers’.

Sebahagian dana juga akan diperuntukkan bagi program pembangunan modal insan, memberi peluang kepada ahli-ahli untuk meningkatkan prestasi dan imej.

Banyak program sedang diatur sepanjang tahun 2023/24 bagi manfaat ahli-ahli seramai hampir 200 orang yang berusia 50 tahun ke atas.

PKAVM juga berhasrat untuk membawa program malam amal ini menjelajah ke seluruh Malaysia dan menyambut baik mana-mana pihak yang ingin bekerjasama.

Bersesuaian dengan tema program, iaitu “Sepanjang Jalan Kenangan”, barisan artis ‘evergreen’ yang akan menjayakan persembahan penuh nostalgia adalah Dato’ Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Jefrydin, Dato’ Yusni Hamid, Mariam Ahmad, P. Radhi, S. Mariam, Helen Vellu, Hairee Kool, Sophia Ibrahim serta Abon sebagai Pengacara.

PKAVM mengalu-alukan sokongan daripada pihak jabatan dan agensi kerajaan, badan-badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu melalui penajaan Platinum, Emas, Perak dan Gangsa berharga antara RM10,000 ke RM50,000.

Pembelian meja adalah antara RM2,000 hingga RM8,000.00 (10 orang), tawaran ruang iklan dalam buku cenderamata pada harga antara RM1,000 hingga RM4,000, dan tajaan barangan atau sumbangan ikhlas.

Pihak jawatankuasa malam amal “Sepanjang Jalan Kenangan” amat berharap agar inisiatif ini mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya dan sekali gus mencapai matlamat untuk membantu golongan artis veteran memperbaiki taraf kehidupan mereka.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi Timbalan Presiden PKAVM, merangkap Ketua Penyelaras Program, Puan Sandakiah Azez (0102660562) atau Setiausaha, Puan Norlydiawati Shahibullah (0192529805), serta email [email protected] segera.

Previous article
Next articleLinda dan Beego sibuk bisnes minyak wangi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here