Oleh Syed Wafa

DAUN kari tidak asing dalam masyarakat kita. Ianya selalu digunakan untuk menambah bau serta keenakan masakan.

Tahukah anda bahawa daun kari banyak khasiat dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan yang ramai antara kita tidak sedar.

GAMBAR: Wikimedia Commons.

Dengan menambah beberapa helai daun kari dalam masakan bukan sahaja menjadikan masakan tersebut bertambah enak tetapi lebih dari itu.

Apakah antara khasiat daun kari yang perlu anda tahu?

GAMBAR: Wikimedia Commons.

Di sini Ladybosz senaraikan antara khasiat daun kari yang perlu anda tahu dan perlu amalkan.

  1. Meningkatkan kesihatan rambut.
  2. Membantu mencegah penyakit kanser.
  3. Mencegah anemia (kekurangan darah merah).
  4. Membantu penghadaman serta mengelak sembelit, ciri-birit dan kembung perut.
  5. Bagi yang ingin awet muda elok amalkan makan daun kari kerana ianya
    anti penuaan.
  6. Daun kari juga mengandungi anti-bakteria serta juga mampu
    mencegah pertumbuhan kulat.
  7. Membantu melindungi organ hati.
  8. Dapat mengawal paras gula dalam darah serta melindungi buah pinggang.
  9. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka.
  10. Membantu mencegah penyakit jantung.

Pasti anda terkejut dengan kebaikan dan khasiat daun kari.

GAMBAR: Wikimedia Commons.

Dengan menambahkan beberapa helai daun kari mengikut selera dalam masakan anda In Sha Allah anda akan dapat 10 manfaat seperti di atas…Jom kita mulakan !

Previous articleMajestic Johor Festival 2023 mulai 26 Ogos hingga 3 September ini
Next articleRonan Keating Bakal Gegar Arena Of Stars Malam Ini!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here