GAMBAR ATAS: Datuk Amin Azwar (tengah) bersama artis yang berniaga di Uptown Lorong Ampang Mampan.

Oleh Nafsiah Jani
Foto: Syed Wafa

INGIN makan sedap, membeli-belah sambil bertemu selebriti kesayangan anda? Jika ada keinginan begitu, kunjungilah ke Uptown Lorong Ampang Mampan (sebelah Tealive), belakang Ampang Point, Kuala Lumpur setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Antara artis yang meniaga diasini ialah Ieda Moin, Keena Mentor, Lan Zailan, Norli Taman Idris, Azan Scan, Kulat dan Aznah Hamid. Norazifah, Kapten Bon, Fara Zainuddin dan Abon.

Aznah Hamid menjual alat solek wanita, baju tudung dan minyak wangi, manakala Ieda Moin dengan ayam goreng krispy dan Norli dengan asam pedasnya. Lan Zailan berniaga kuih dan kerepek dan Keeana pula menjuak pakaian remaja.

Selaku penganjur, Datuk Amin Azwar berkata,“Buat masa ini tapak diberi secara percuma kepada para artis. Kami cuma harap mereka dapat membantu menguar-uarkan Uptown ini di media sosial mereka untuk menarik lebih ramai pengunjung

“Inilah satu-satunya Uptown di Ampang. Diharap dengan pelbagai program yang kami rangka akan menarik ramai lagi pengunjung, seperti sewaktu jualan Aidilfitri yang lalu. Tempat ini dah macam Jalan Masjid India. Boleh kata, artis yang meniaga balik dengan muka gembira kerana barang jualan ‘laku keras’.”

Uptown yang mula dibuka sejak pertengahan Februari lalu juga dibantu pelakon Didie Alias untuk mencari vendor dan menguruskan perkara lain.

Uptown Ampang dibuka dari pukul 5 petang hingga 3 pagi. Selain menikmati makanan yang enak, pengunjung juga boleh merehatkan minda menikmati persembahan karaoke dan pelbagai program.

Previous articleMana Hilangnya Seniwati Jelita Noor Azizah ?
Next articleImpak Emosi Anak Didera Sangat Bahaya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here