PERGI pasar malam hendak beli apam balik. Sudah ‘kunci’ dalam hati dan fikiran hanya hendak beli apam balik. Dan, ‘kuncinya pun sudah dihumban ke lombong’ tidak mungkin berubah fikiran untuk beli benda lain. Dengan bangganya kaki melangkah ke tapak pasar malam, kali ini pasti tidak akan terjebak. Gerai pertama, nampak orang jual jagung rebus. Alamak! sedapnya bau jagung. Teringin pula hendak makan jagung, almaklumlah sudah lama juga tidak makan jagung. Hati sudah mula teragak-agak hendak beli atau tidak? Tak apalah lain kali saja, hari ini hanya hendak makan apam balik saja.

Terus berjalan dengan tujuan untuk mencari gerai menjual apam balik tapi pasar malam memang satu godaan besar, semua makanan yang dijual nampak sedap. Gerai ke dua, ke tiga dan ke empat masih boleh tahan lagi. Sampai gerai ke lima, hati sudah tidak tahan lagi. Tengok kepak ayam bakar amat menyelerakan. Tak apalah beli satu set saja untuk rasa-rasa. Jalan ke depan lagi nampak pula laksa, baunya buat orang kenyang jadi lapar. Belilah sebungkus, kalau ikutkan hati hendak beli dua bungkus. Semua makanan nampak sedap dan memanggil-manggil untuk dibeli.

Semua beg plastik yang dijinjing adalah benda yang tidak ada dalam senarai untuk dibeli, apam balik yang dihajati masih belum dapat. Duit untuk beli apam balik pun sudah habis ke lain. Jalan punya jalan akhirnya jumpa juga gerai apam balik tapi duit habis. Akhirnya apam balik tidak dapat tetapi tangan penuh beg makanan yang tidak ada pun dalam fikiran teringin hendak dimakan sebelum ke pasar malam.

Tanpa sedar habis duit RM150 yang sepatutnya untuk bayar bil. Hendak makan apam balik tidak kesampaian, kena cari duit lain pula untuk bayar bil. Kantoi lagi bulan ini.

Tanpa sedar habis duit RM150 yang sepatutnya untuk bayar bil. Hendak makan apam balik tidak kesampaian, kena cari duit lain pula untuk bayar bil. Kantoi lagi bulan ini.

Itu baru pergi pasar malam, belum lagi terjebak dengan jualan mega akhir tahun atau jualan mega atas talian yang tawar diskaun gila-gila. Jawabnya memang hanyutlah, cukup bulan hendak bayar bil, pinjaman bank dan belanja sara hidup tidak ada langsung duit yang berbaki. Kalau ada duit simpanan bolehlah juga dikorek tapi yang tidak ada, macam mana? Perlukah meminjam? Pinjam memang sedap tapi hendak bayar balik itu yang perit. Sebelum meminjam kena ingat, mampu atau tidak untuk membayar balik? Cerita pinjam meminjam itu akhirnya akan menyebabkan terputus silaturahim. Kadang-kadang orang yang memberi pinjam duit niat hendak menolong tapi akhirnya boleh memutuskan silaturahim kerana hutang tidak dibayar.

Untuk mengelakkan daripada berlaku semua itu, sebaik-baiknya sebelum melangkah ke pasar-pasar, pusat membeli belah atau mall dahulukan dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., sebagai benteng diri daripada godaan syaitan.

Untuk mengelakkan daripada berlaku semua itu, sebaik-baiknya sebelum melangkah ke pasar-pasar, pusat membeli belah atau mall dahulukan dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w., sebagai benteng diri daripada godaan syaitan.

Di mana boros berbelanja dan rambang mata itu juga salah satu godaan syaitan. Mari kita baca apa yang Rasulullah s.a.w. ajarkan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa  Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang masuk ke dalam pasar lalu dia membaca;

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكُ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(“La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu-mulku wa lahul-hamdu yuhyi wa yumitu wahuwa hayyun la yamut bi yadihil-khairu wahuwa  ‘ala kulli syai in qadir”)

 “Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah SWT semata yang tiada sekutu bagi-Nya. muliknya seluruh kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, Dia Maha menghidupkan lagi Maha mematikan, dan Maha Hidup dan tidak akan pernah mati. Di tanga-Nya segala kebaikan dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu” Maka Allah menetapkan satu juta kebaikan buatnya dan menghapuskan satu juta kejahatannya serta mengangkat kedudukannya sebanyak satu juta darjat. -Riwayat Al-Tirmizi (3428)

“Kenapa perlu baca zikir yang Rasulullah s.a.w ajarkan? Kerana tempat yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasar. Hadi daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: “Tempat paling disukai oleh Allah SWT adalah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar-pasarnya.” -Riwayat Muslim (671)

-Hendak tahu kenapa pasar-pasar adalah tempat paling buruk di dunia? Kita sambung dalam artikel seterusnya…


 

Penulis, Nury Kadir adalah bekas editor Majalah Al-Islam)
Grafik: Lady Bosz

 

Previous articleThe dos & don’ts of a blended family
Next articleKenapa Ramai Dalam Kalangan Wanita Mengalami Kemurungan (Anxiety)?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here