Oleh: SYED WAFA
Foto: Koleksi Syed Wafa
BENARLAH kata orang hidayah itu milik-Nya. Ia adalah anugerah terindah daripada-Nya buat seseorang yang dipilih untuk beriman serta mentaati perintah-Nya.
Apabila hidayah itu sampai tiada siapa yang dapat menolaknya kerana ia adalah yang terbaik untuk mereka.


Filem terbutan tahun 1958 arahan K.M Basker turut dibintangi Latifah Omar dan Abdullah Chik.
Begitulah yang dilalui oleh Seniwati jelita Datuk Seri Maria Menado dan Allahyarham Seniwati Normadiah yang akhirnya memeluk agama Islam.
Jika sebut nama Liesbet Dotulong pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah dia? Tetapi apabila bercakap mengenai Maria Menado pasti para peminat filem Melayu kenal akan seniwati yang seorang ini yang cukup popular sebagai puntianak dalam siri filem “Pontianak.”


Memiliki wajah yang cantik, pada usia 17 tahun, Liesbet Dotulong diiringi ibu bapa saudaranya yang berasal dari Manado, Sulawesi Utara, Indonesia ditawarkan memperagakan baju kebaya di Singapura.
Setelah memeluk Islam pada usianya 19 tahun, Liesbet Dotulong dikenali sebagai Maria Abdullah atau Maria Menado. Beliau kemudian berkahwin dengan A. Razak Sheikh Ahmad, seorang promoter tinju yang juga penulis skrip.

Setelah berkahwin, Seniwati jelita ini mula menarik perhatian para peminat filem Melayu pada era 1950-an apabila muncul buat pertama kali dalam filem “Penghidupan” (1951) berpasangan dengan P. Ramlee.
Sepanjang 13 tahun dikenali sebagai seniwati jelita dunia filem Melayu, Maria Menado membintangi 26 filem antaranya “Permata Di Perlimbahan, Gadis Peladang” (1952), “Nafsu” “Pertarohan” (1954), “Orang Licin” dan “Selendang Delima” (1958), “Pontianak” dan “Dendam Pontianak” (1957) dan “Sumpah Pontianak” (1958), “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang” (1961), “Tun Fatimah” (1962).

Empat daripada 26 filem itu diterbitkan dibawah syarikat penerbitannya, Maria Menado Production iaitu “Raja Bersiong, Darahku, Bunga Tanjong” (1963) dengan filem terakhirnya,“Pontianak Kembali” (1963).
Walaupun membintangi 26 filem dan membuktikan kehebatan Maria Menado sebagai seniwati berbakat dan diminati ramai namun tidak boleh dinafikan wataknya dalam filem seram Melayu pertama sebagai puntianak dalam siri filem “Pontianak” telah meletakkan Maria Menadi di puncak kemasyhuran.

Bagaimanapun, Maria Menado mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satu Seniwati filem Melayu yang dipilih membintangi filem Hindustan “Singapore” berpasangan dengan Shammi Kapoor. Filem terbitan tahun 1960 itu menjalani penggambaran di Singapura.
Setelah perkahwinan pertamanya berakhir dengan perceraian pada 1963, Maria Menado berkahwin dengan Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin (1963 – 1974), Datuk Dr. Mohd. Hussin (1978 – 2000).

Melalui tiga perkahwinan itu, Maria Menado dikurniakan lima cahayamata iaitu Mutiara dan Sultan A. Razak. Sementara tiga lagi bersama Almarhum Sultan Abu Bakar iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin.
Bagaimanapun melalui perkahwinannya yang ketiga, beliau tidak dikurniakan anak.
Kini, Maria Menado menjalani kehidupannya dengan tenang di Shah Alam bersama keluarga tercinta.


Sewaktu penggambaran filem ini, Normadiah juga adalah salah seorang anggota Panca Sitara.
Sementara itu, bagi Edith Sumampouw, tidak pernah menduga penghijrahannya untuk menjadi seorang muslim pada usia 18 tahun dengan nama Norma Abdullah bukan sahaja telah memberi nafas baru dalam hidupnya malah telah memulakan kerjaya seninya sebagai guru tari dan penyanyi kumpulan bangsawan di Singapura pada tahun 1940-an.
Apabila ramai pelakon bangsawan beralih ke dunia filem, Norma mencuba nasib untuk menjadi pelakon. Akhirnya nasib menyebelahinya apabila A. R Tompel selaku pengarah telah memilihnya untuk membintangi filem arahannya, “Seniwati.”


Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Sharifah Hasnor dan Syed Ekzan.
“Seniwati” terbitan tahun 1953, bukan sahaja filem pertama lakonan Norma malah bermula dari filem itu namanya juga sudah ditukar kepada Normadiah. Orang yang bertanggungjawab memberi ‘sinar’ kepada namanya adalah A. R Tompel.
Sejak itu, Normadiah telah membintangi 60 filem antaranya “Sengsara” (1953) “Panggilan Pulau” (1954), “Roh Membela” (1955)“Semerah Padi,” (1956), “Bujang Lapok” (1957),“Sumpah Wanita” (1960) dengan filem terakhirnya, “Layar Lara” terbitan tahun 1997.


Meskipun Normadiah dikatakan begitu sinonim dengan watak antoganis dan isteri curang antaranya dalam filem “Semerah Padi” (1956) dan “Lela Manja” (1960) namun beliau boleh dianggap sebagai Seniwati versatile.
Filem terbitan tahun 1978, beliau membuktikan selain watak isteri curang dan ibu tiri yang garang beliau turut membintangi filem komedi “Si Badol” dan “Panglima Badol.”


Filem ini diterbitkan pada tahun 1964.
Bukan itu sahaja, malah Normadiah adalah antara penyanyi yang banyak berduet dengan P. Ramlee dalam lagu “Bulan dan Juga Angin, Mengapa Riang Ria, Kumbang dengan Bunga.
Disamping itu, beliau juga merupakan ahli asal kumpulan Panca Sitara yang kemudian digantikan dengan Saloma. Bagaimanapun apabila Saloma meninggal dunia, beliau menganggotai semula Panca Sitara bersama Datuk Ahmad Daud, Datuk Aziz Sattar, Aziz Jaafar, Nasir P. Ramlee.

Turut membintangi filem ini ialah Ahmad Mahmud, Saadiah, Aziz Jaafar, Haji Mahadi, Aziz Sattar, Omar Suwita dan Mohd Hamid.

Sepanjang hayatnya, Normadiah pernah berkahwin tiga kali iaitu Abdul Rahman, Syed Hassan Sahab (1954 – 1960) dan Seniman Aziz Jaafar (1961 – 2000) sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 8 Ogos 2000.
Melalui tiga perkahwinan itu, beliau dikurniakan lima anak iaitu Matinah Hatim (telah meninggal dunia), Sharifah Hasnor, Syed Eksan, Azlina Aziz dan Liza Aziz.


Duduk: Allahyarham Matinah Hatim dan Sharifah Hasnor.
Seniwati Normadiah yang mempunyai bakat luar biasa menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun kerana apendiks dan kencing manis di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Ogos 2000.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Kami di Ladybosz sentiasa mendoakan semoga roh Allahyarham Normadiah sentiasa dicucuri rahmat…Amin.


SYED Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee.









