Hari Bapa mula diperkenalkan pada awal abad ke-20 di Amerika Syarikat sebagai satu usaha untuk menghargai peranan dan sumbangan bapa dalam keluarga dan masyarakat. Sambutan ini pertama kali diadakan pada tahun 1910 di Spokane, Washington oleh seorang wanita bernama Sonora Smart Dodd. Dia terinspirasi untuk mengadakan sambutan ini sebagai penghormatan kepada bapanya, seorang veteran Perang Saudara Amerika yang membesarkan enam anak sendirian selepas kematiaan isterinya.
Walaupun pada mulanya sambutan ini tidak begitu mendapat perhatian, lama-kelamaan ia menjadi popular dan pada tahun 1972, Presiden Richard Nixon menandatangani perisytiharan yang menjadikan Hari Bapa sebagai sambutan rasmi di Amerika Syarikat. Sejak itu, Hari Bapa diraikan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun. Pada tahun 2025, tarikh sambutan Hari Bapa adalah pada 15 Jun. Tarikh ini dipilih agar mudah diingati dan memberikan peluang kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama pada hujung minggu.
Kami di Ladybosz mengucapkan “Selamat Hari Bapa” semoga bapa kita semua dirahmati Allah SWT….Amin
