Mastura ketika berucap tentang Pertubuhan Rakan Bariatrik (BBO).

Oleh : Nafsiah Jani
FOTO : Ehsan MNO Photo

Jangan risau, kalau anda ada masalah obesiti, penyakit dan ada insuran, anda boleh buat bariatrik pada harga yang berpatutan. Pertubuhan Rakan Bariatrik (Bariatric Buddy Organization – BBO) sedia membantu anda melalui penaung mereka, Dr Reynu Rajan, Pakar Bedah Perunding Gastrointestinal Atas & Bariatrik, Avisena Specialist Hospital, Shah Alam

Kini BBO terus memperkukuh komitmennya dalam memerangi obesiti dan memperkasakan pesakit melalui komuniti sokongan apabila hampir 150 individu berhimpun dalam Majlis Makan Malam Tahunan bertemakan “Unveil New You”, yang berlangsung di Wyndham i-City, Shah Alam.

Mastura ketika berucap tentang Pertubuhan Rakan Bariatrik (BBO).

Majlis tersebut menghimpunkan lebih 100 peserta yang terdiri daripada individu yang telah menjalani pembedahan bariatrik serta mereka yang masih dalam perjalanan mencari kesihatan dan keyakinan diri yang lebih baik.

Malam penuh inspirasi itu menjadi simbol kekuatan komuniti bariatrik di Malaysia yang semakin berkembang. Peserta tampil berani berkongsi kisah sebenar transformasi diri, dari cabaran menurunkan berat badan hingga kejayaan menikmati kehidupan lebih sihat dan bermakna.

Pengerusi BBO, Mastura Mokhtar, 51 atau mesra dengan panggilan Kak Mas berkata, dia terpanggil untuk tubuhkan BBO selepas dia sendiri menjalani pembedahan tersebut.

Mas( empat dari kiri) bersama penaung BBO, Dr. Reynu Rajan (lima dari kiri) bersama ahli- ahli BBO.

“Dulu saya ada slip disc dan memang tak boleh berjalan, terlantar atas katil dan kena berpapah sekiranya ingin berjalan. Saya dinasihatkan agar turunkan berat badan daripada 90 kg. Memang susah nak turunkan berat badan kerana saya ada masalah asid berlebihan dalam perut…sering muntah dan tak boleh nak berdiet.

“Melihat saya ada banyak penyakit, Dr. Reynu cadangkan saya buat pembedahan bariatrik. Masalahnya saya tidak ada maklumat penjagaan atau pemakanan sesuai selepas bariatrik. Waktu itu, ada juga terdengar orang meninggal disebabkan pembedahan bariatrik.Lagilah saya takut, sedangkan saya nak buat disebabkan masalah kesihatan.

“Lepas bariatrik, saya lalui proses pemulihan ini seorang diri dan sering menangis kerana bukan senang nak lalui perjalanan untuk dapatkan kembali BMI (Indeks Jisim Badan) normal. Dalam masa 6 bulan saya berjaya kekalkan BMI normal. Saya sempat bertanya pada Dr. Reynu mengapa tiada ada pertubuhan sebagai rujukan mereka yang buat bariatrik. Dari situ timbulnya idea nak tubuhkan BBO,” katanya yang terasa macam dapat peluang kedua untuk hidup secara aktif dan sihat.

Menurut Mas lagi, BBO ditubuhkan untuk memberi kesedaran dan membantu mereka yang ingin membuat pembedahan bariatrik ini.

Hani (tengah) antara mereka yang berjaya melalui saat getir menjalani pembedahan bariatrik bergambar kenangan bersama penulis ( Duduk paling kanan )

“Ada orang kata bariatrik ini mahal, mereka tak mampu bayar kosnya antara RM35,000 hingga RM45,000. Asalkan anda ada insuran dan menghidap kencing manis, asid berlebihan dalam perut, hernia, slip disc…Dr Reynu sedia membantu menyiapkan laporan perubatan bagi bantu dapatkan rawatan melalui insuran.

“Pihak insuran ini, bila dengar tentang bariatrik mereka ingat pembedahan kosmetik…nak kurus dan nak cantik. Hakikatnya, bariatrik ini dibuat sebab pesakit dah tak tahu bagaimana nak kuruskan badan secara biasa dan kena kurus demi kesihatan.

“Macam Kak Mas pun hanya bayar RM5,000 saja nak buat pembedahan ini dan ada juga antara RM1,500 hingga 7k disebabkan insuran membayarnya. Kini BBO mempunyai 228 ahli dengan yuran pendaftaran dan keahlian RM160 untuk menjadi ahli seumur hidup.”

Mas menambah lagi, Sebelum seseorang itu menjalani pembedahan, kami akan memberi nasihat yang secukupnya kepada mereka.

“Perjalanan ini bukan mudah … ingat dengan potong perut, badan anda terus turun sebanyak 20 kilo. Selain itu kami turut nasihatkan mereka jangan makan sesuka hati dan elakkan minum air yang manis, makan buah-buahan hingga dapat BMI normal.

“Kita juga nak tukar tanggapan pesakit, potong je usus…boleh kurus. Sebenarnya bariatrik ini bukannya potong usus tapi potong perut. Disebabkan tak jaga pemakanan dengan betul…kulit jadi `haggard’ dan nampak tua.”

Presiden BBO, Mas (lima dari kiri) bersama penaung dan ahli- ahli- jawatankuasa BBO.

BBO bukan saja fokus pada ahli-ahli baru, kami juga turut membantu ahli-ahli lama dan mereka yang berminat sila hubungi BBO admin di talian 0134725579. Kalau seseorang itu nak maintain mereka kena kena aktif dengan BBO. Antara aktiviti yang kami galakkan ialah fitness dan galakkan masuk marathon.”

Bercakap mengenai ahlinya yang terdiri daripada seluruh Malaysia, Tambah Mas lagi, kini terdapat banyak orang obesiti, itu sebabnya mereka kena fokus membantu rakyat Malaysia.

“Perjalanan bariatrik ini bukan senang…nampak ada artis…influencer beri nasihat yang tidak berapa nak betul, bukan secara medic..tak ada rujukan dan mereka hanya cakap apa yang mereka tahu atau melalui maklumat google.

“Sedangkan nasihat yang kami salurkan berdasarkan maklumat dan tunjuk ajar daripada Dr. Reynu. Kalau tak pasti, kami akan rujuk Dr. Reynu yang menjelaskan potong perut ada pelbagai jenis. Itu sebabnya kami lantik beliau sebagai penaung BBO.”

Ujar Mas lagi,“Sebagai `voice of bariatric warrior’ kami nak bagi tahu masyarakat bahawa pembedahan bariatrik ini bukan sebab nak kurus tapi disebabkan nak menjaga kesihatan.

“Bila BMI dah kembali normal, saya dah boleh makan semua jenis makanan. Itu sebabnya bila seseorang plan nak buat pembedahan bariatrik, kami tekan kan untuk dapatkan BMI yang normal. Sihat dulu…sihat dulu…bukan kurus, sebab kurus itu bonus. Pembedahan ini berisiko kalau kita tidak menjaganya.

Bagaikan peluang kedua untuk teruskan kehidupan…wajah ceria mereka yang telah menjalani pembedahan Bariatrik.

“Perut adalah organ penting dalam badan. Bila ia dipotong atau di stapler ia perlukan masa untuk sembuh. Doktor dah nasihat tentang diet dan tempoh-tempohnya tak boleh ambil benda bergula dan makanan berminyak. Makan banyak protin dan makanan yang lembut atau dalam bentuk cecair sehingga dapat BMI yang normal.

“Bila BMI normal kena `maintain fitness’, buat senaman, berlari, berjalan selama 30 minit atau 1000 langkah setiap hari. Namun ada orang yang buat bariatrik, seminggu dah mula ambik gula, air kelapa dan nasi bubur. Memang tidak boleh kerana bagaimana badan nak guna lemak-lemak lama yang ada.”

Turut hadir memberikan sokongan ialah Penaung BBO, Dr. Reynu Rajan yang turut berkongsi pandangan pakar mengenai rawatan bariatrik, serta isu-isu kesihatan berkaitan obesiti yang masih disalahfahami oleh masyarakat umum.

“Bariatrik bukan tentang kecantikan semata-mata. Ia adalah soal kesihatan dan peluang untuk menikmati semula kehidupan yang aktif dan berkualiti,” katanya.

BBO merupakan satu-satunya NGO berdaftar di Malaysia yang memberi fokus khusus kepada pesakit bariatrik, menyediakan sokongan berstruktur kepada individu sebelum dan selepas pembedahan melalui pendidikan, bimbingan dan komuniti yang positif.

Sebagai peneraju komuniti sokongan bariatrik di negara ini, BBO komited meneruskan perjuangan meningkatkan kesedaran tentang obesiti dan rawatannya, di samping membantu lebih ramai rakyat Malaysia memulakan langkah ke arah kehidupan lebih sihat melalui program kesedaran, kerjasama dengan pakar perubatan dan sokongan komuniti yang berterusan.

Previous articleSimpan duit untuk Haji dan potong giliran! (Bahagian 1)
Next articleShukri Yahaya menyiasat atas arahan Feroz Kader

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here