Konsert Boyz II Men Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Mega Star Arena, baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada peminat setia mereka.

Oleh:Khadijah Ibrahim

INI bukan kali pertama kumpulan Boyz II Men mengadakan persembahan di Malaysia. Pada 2019 dan sebelum itu kumpulan yang dianggotai oleh Nathan Morris, 54, Wanya Morris, 52, dan Shawn Stockman, 53, pernah menghibur peminat tempatan.

Kehadiran kumpulan yang ditubuhkan pada 1985, ke Malaysia kali ini adalah bagi menjayakan konsert Boyz II Men Live In Kuala Lumpur di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei lalu yang dianjurkan oleh Shiraz Projects.

Lagu-lagu dendangan Boyz II Men mengembalikan nostalgia penonton yang hadir.

Satu jam sebelum konsert bermula pada 9.05 malam, ruang Mega Star Arena sudah gegar gempita dengan sorakan penonton yang terhibur dengan lagu-lagu yang diputarkan oleh DJ Kevin Skeletorhitz Isitor.

Lagu-lagu yang diputarkan oleh DJ Kevin adalah lagu-lagu yang popular sekitar 1990-an untuk pendengaran kira-kira 3,500 yang membesar dengan irama sedemikian.

Kemerduan dan keharmonian vokal anggota Boyz II Men membuatkan penonton terhibur dengan persembahan mereka.

Kumpulan yang popular dengan gelaran ‘King Of R & B’ itu tampil membuka tirai persembahan dengan lagu “Can’t Let Her Go” yang dipetik dari album ‘Evolution’ terbitan 1997 dan “Don’t Stop”.

Persembahan Boyz II Men yang diiringi oleh empat pemuzik itu diteruskan dengan dendangan lagu “WaterRun Dry”, “Cupid”, “Can You Stand The Rain”, “On Bended Knee dan “Hey Lover Outro”.

Lagu-lagu Boyz II Men sering dijadikan peneman tatkala gembira dan sedih bagi kebanyakan penggemar yang meminati mereka.

“Selamat petang Kuala Lumpur? Apa khabar semua? Mari kita hiburkan diri masing-masing.Kami harap anda semua gembira dengan persembahan kami,” kata Wanya Morris yang mempunyai suara tenor iaitu nada suara tertinggi dalam kumpulan tersebut.

Memandangkan penonton yang hadir adalah mereka yang membesar dengan lagu-lagu dendangan Boyz II Men, jadi tidak hairanlah setiap lagu yang didendangkan oleh kumpulan tersebut pasti ada suara latarnya.

Sewaktu persembahan Boyz II Men turut memberi bunga kepada penonton yang bertuah.

Boyz II Men yang pernah melakar sejarah menjadi artis ketiga mencatat nama paling populari di carta Bill board Hot 100 selepas Beatles dan Elvis Presley dari tahun 1987 hingga 2012 itu turut berkongsi kisah mereka dengan Michael Jackson dan Whitney Houston.

“Amat sukar untuk kami melupakan rakan-rakan artis yang pernah berjuang bersama-sama dalam bidang seni ini seperti Michael Jackson dan Whitney Houston. Hingga kini lagu-lagu mereka masih diminati.

Salah seorang anggota Boyz II Men sempat turun pentas untuk mendekati penonton.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua bukan kerana hadir pada malam ini sahaja. Melihat kepada reaksi anda, kami tahu anda semua sudah lama mengikuti perkembangan Boyz II Men kerana boleh dikatakan semua lagu anda tahu.

“Saya tahu pasti ada di antara anda yang menggunakan lagu Boyz II Men untuk menghiburkan hati anda di kala gembira dan sedih. Melihat kepada wajah-wajah anda, saya dapat rasakan yang usia anda lebih kurang saya saja. Apa yang penting kita tampak sihat,” kata Wanya Morris lagi.

Kehebatan Boyz II Men.

Persembahan yang berlangsung kira-kira satu jam lebih yang diserikan dengan lagu-lagu hit Boyz II Men dan diakhiri dengan lagu “Motown” itu tidak jemu kerana senarai lagu mereka sudah sebati dengan jiwa penonton seperti lagu “One Sweet Day” dan “End Of The Road”.

Jika sesebuah kumpulan atau penyanyi itu mempunyai lagu yang menyentuh hati pendengar, putar atau nyanyilah pada bila-bila masa tanpa mengira tahun karya tersebut pasti masih diminati hingga kini.

Previous articlePemenang Mr Nusantara dapat wang tunai USD 80,000
Next article“Cak Cak Cekuk” Wani Kayrie diinspirasikan daripada lagu rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here