Oleh: Khadijah Ibrahim
SEMPENA Anugerah Tertinggi Usahawan Islam atau ‘Islamic Distinguished Enterprise Award’ (IDEA 2025), seramai 51 usahawan dan tokoh daripada pelbagai bidang menerima pengiktirafan anugerah emas dan perak.
Majlis anjuran KNKV Group yang berlangsung di Le Meridien Hotel, Putrajaya itu mengiktiraf syarikat yang menggabungkan prinsip perniagaan moden dengan etika Islam, sekali gus menginspirasikan lebih banyak perniagaan tampil berani mengamalkan prinsip syariah dalam operasi rutin masing-masing.
Antara penerima anugerah adalah syarikat Andalusia Travel and Tour Sdn Bhd yang aktif dalam industri pelancongan khususnya, pengurusan jemaah umrah dan haji, EZ Qurban yang menyedia perkhidmatan pelaksanaan ibadah korban dan akikah, Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, syarikat pengeluar dan pengedar beras terkemuka di Malaysia dan Nims Adeliciousz Sdn Bhd, pencetus trend kudapan bijirin choco-tub.

Jenama lain yang turut mendapat pengiktirafan adalah Ajinomoto Sdn Bhd, Mamee-Double Decker (M) Sdb Bhd, Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd, Delima Oil Products, Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd dan She Dazzle Empire Sdn Bhd dan banyak lagi.
IDEA 2025 bukan setakat menghimpunkan tokoh industri dari dalam tapi juga dari luar negara dan antara penerima anugerah antarabangsa adalah Muslim Pro (Singapura), Human Appeal (Australia) dan ZTEdari China menerusi kategori Distinguished Halal Brand Award, Distinguished Humanitarian Brand Award dan DistinguishedQuality Product Award.
Ia sekali gus, mengangkat prestij anugerah tersebut sebagai medan pengiktirafan dunia kepada syarikat seumpamanya, selain dapat menyatukan jaringan keusahawan Islamik berpengaruh di rantau ini.
Sementara itu, Presiden DewanPerniagaan Muslm Insider, Profesor (Adj) Adam Richman berkata, penganjuran kali ini bukan untuk meraikan kejayaaan syarikat tetapi untuk menginspirasikan lebih banyak perniagaan agar berani mengamalkan pinsip syariah dalam operasi harian mereka.
“Contohnya, penggunaan CTOS dalam proses penjurian adalah selari dengan konsep tabayyan yang disebut dalam surah Al-Hujurat, ayat 6, satu langkah kecil yang membawa impak besar kepada pembentukan ekonomi ummah yang berintergiti.

“Kita meraikan bukan sahaja kejayaan perniagaan tetapi kejayaan yang dibina atas intergriti dan nilai. Kami menyokong dan menghubungkan perniagaan yang percaya kepada kejujuran, keadilan dan nilai yang baik kerana kami percaya kejayaan sebenar bukan hanya tentang keuntungan, ia tentang membina kepercayaan, mencipta impak dan melakukan perkara yang betul,” katanya.
Tambah Adam, pihaknya telah berjaya mengumpulkan lebih 1,500 syarikat untuk membantu mengembangkan dan bekerjasama serta mencari pasaran baharu bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global.
Turut hadir, Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Yang Amat Mulia Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan.
Majlis gilang gemilang ini turut diserikan dengan nyanyian artis tempatan iaitu Roy (Ratnaku) dan Fazli Zainal.
Sementara itu, salah seorang penerima anugerah perak untuk kategori Distinguished ConsumerConfidence Award (Anugerah Keyakinan Pengguna Terbilang) adalah jenama Teedo Hotel yang diuruskan oleh Teedo Hospitality Sdn Bhd.

Pemilik Teedo Hotel, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, beliau mendapat panggilan undangan untuk menghadiri majlis tersebut tanpa dimaklumkan yang beliau juga bakal menerima anugerah.
Nurulhidayah atau mesra dengan panggilan Kak Long menganggap pengiktirafan menerusi Distinguished Consumer Confidence Award oleh Islamic Distinguished Enterprise Award 2025 (IDEA Award) adalah pencapaian berpasukan untuk Teedo Hotel yang mula beroperasi secara rasmi sejak November 2024.
“Saya beruntung kerana suami juga mempunyai minat yang sama, kami suka bercuti. Kalau bercuti kami tidak pergi ke hotel besar-besar sebab kita nak rasa pengalaman itu.
“Hotel kami bertaraf tiga bintang tapi fasilitinya seperti lebih daripada itu. Saya merasakan kita perlu lebih banyak hotel tiga bintang ini sebab ia mampu milik. Mudah kalau orang luar atau orang Malaysia nak tidur satu atau dua malam sebelum transit ke mana-mana bandar dalam Malaysia.
“Saya rasa apa yang penting murah dan selesa. Sejak beroperasi, alhamdulillah, pengunjung tak putus untuk menginap di Teedo Hotel ini, lagipun ia berada di tengah-tengah kotaraya, nak pergi mana-mana boleh jalan kaki.
“Sekarang ini kami sering menjadi tempat transit pelancong dari China. Mereka akan bermalam di Teedo Hotel sebelum pergi ke Genting Highlands. Insya-Allah, saya dan suami bercadang untuk membuka cawangan lagi,” katanya.

Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia serta Berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7.