Festival Tentang Cinta bakal menggegarkan Sabah International Convention Centre pada 9 Ogos ini.

Oleh: Khadijah Ibrahim

JIKA anda adalah penggemar irama balada atau pendengar setia lagu-lagu cinta, inilah masanya untuk anda melayan perasaan yang ceria atau duka di Festival Tentang Cinta.

Apa itu Festival Tentang Cinta? Adakah anda akan mendengar ceramah jika hadir ke Festival Tentang Cinta yang akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) pada jam 8 malam, 9 Ogos ini!

Adira Suhaimi, antara anak jati Sabah yang berjaya mengharum nama negeri kelahirannya.

Tidak, sebaliknya kehadiran anda ke situ adalah untuk menikmati lagu-lagu cinta kegemaran anda yang akan disampaikan secara langsung oleh penyanyi-penyanyi ternama dari Malaysia dan Indonesia.

Menurut wakil penganjur dan penerbit konsert, Dato’ Suhaila Semaru berkata, konsert ini bukan sahaja dirancang untuk menghiburkan penonton dengan barisan penyanyi ternama tetapi turut memberi impak kepada industri pelancongan negeri.

Juara CSOIAM, Mary Grace antara nama yang mendapat perhatian ramai ketika ini.

“Festival Tentang Cinta adalah sebuah inisiatif yang lahir daripada semangat untuk menyatukan cinta dan muzik dalam satu pengalaman yang penuh makna. Kami ingin menjadikan Sabah sebagai destinasi hiburan yang dinamik, selain memperkenalkan bakat-bakat tempatan seperti Adira Suhaimi dan Mary Grace kepada khalayak yang lebih luas.

“Melalui gabungan unsur seni dan kecemerlangan artis tempatan, festival ini menjadi titik tumpuan yang memikat pelancong dari pelbagai rantau, termasuk pelawat antarabangsa, serta membantu membuka pintu kepada peluang baharu dalam industri seni dan hiburan Sabah,” jelasnya.

Andmesh yang popular dengan lagu ‘Hanya Rindu’ pasti akan menghibur peminatnya dengan gaya yang tersendiri.

Selain Adira yang dikenali menerusi vokal hebatnya, dan Mary Grace, juara Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) yang masing-masing adalah anak jati Sabah, turut sama menghibur ialah Hael Husaini dan Ara Johari.

Manakala penyanyi dari Indonesia ialah Andmesh yang terkenal dengan lagu-lagu cinta penuh emosi dan bintang Indonesian Idol Musim Ke-10, Ziva Magnolya.

Hael Husaini juga pasti akan mendendangkan lagu-lagu popularnya.

Ziva mula dikenali selepas meraih tempat ketiga dalam Indonesian IdoL. Penampilannya yang memukau dengan teknik vokal runs menjadikannya antara peserta paling menonjol dalam musim tersebut.

Sebelum itu, Ziva aktif membuat lagu di media sosial dan pernah menarik perhatian penyanyi antarabangsa, Jeremy Passion, yang mengajaknya berduet di Ramadhan Jazz Festival 2019.

Inilah masa untuk peminat mengenali pemenang tempat ketiga Indonesian Idol, Ziva Magnolya.

Ziva sudah menerima pelbagai anugerah muzik berprestij di Indonesia, termasuk Anugerah Musik Indonesia (AMI). Single “Terlukis Indah” mendapat sambutan hangat di Indonesia dan Malaysia, manakala “Peri Cintak”u berjaya menduduki carta teratas di pelbagai platform muzik.

Ujar Suhaila, penganjuran konsert yang diterajui oleh Extreme Visionary Venture dengan kerjasama Tourism Malaysia, dan turut disokong oleh rakan strategik Fazbuzz Events & Media Sdn. Bhd serta platform penjualan tiket rasmi, Ticket2U itu adalah sebagai usaha memperkasa sektor pelancongan domestik menerusi acara berskala besar.

Hael Husaini juga pasti akan mendendangkan lagu-lagu popularnya.

Jika ingin hadir ke Festival Tentang Cinta bolehlah mendapatkan tiket-tiket Kategori 1 (VVIP) – RM988 – Tentang Kita (Tempat duduk bernombor), Kategori 2 (VIP) – RM488 – Kau dan Aku (Tempat duduk bernombor), Kategori 3 (Gold) – RM288 – Jomblo (Tempat duduk bebas) dan Kategori 4 (Silver) – RM158 – Mencari Cinta (Berdiri bebas).

Tiket boleh didapati secara dalam talian melalui laman rasmi www.ticket2u.com.my

Susun atur tempat duduk yang menarik dengan nama-nama kategori bertemakan cinta memberi pengalaman lebih mendalam kepada penonton, menjadikan konsert ini bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi juga satu perjalanan emosi.

Previous articleIrsyad Tarudin penyampai baharu Suria FM
Next articleKesan kafein yang ramai tak tahu (Bahagian 2)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here