Oleh : Nafsiah Jani
Bagi penggemar itik jangan lepaskan peluang menikmati keenakan itik salai yang digabungkan bersama spaghetti hingga terhasilnya menu sedap lagi menyelerakan iaitu Spaghetti Itik Salai Shitake yang hanya terdapat Rasa Rosz Resto, Lot L3-210, Level East Wing di IOI City Mall Putrajaya.
Dibandingkan harga dengan restoran lain di IOI City Mall, harga menu dijual pada harga yang sangat berpatutan, hidangan yang lazat, suasana yang santai, anda juga akan menikmati potongan sebanyak 5% sempena pembukaan cawangan kedua ini sehingga 28 Disember ini.
Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, sempena pembukaan cawangan kedua ini, kami akan beri diskaun kepada pelanggan dan staff-staff IOI City Mall Putrajaya.
“Potongan harga sebanyak 5% kepada pelanggan dan semua staff IOI City Mall Putrajaya. Untuk pelanggan, hanya perlu hadir kan diri dan untuk staff IOI, anda tunjukkan kad kerja dan anda akan nikmati diskaun istimewa tersebut.
Disini kami memberi memperkenalkan menu baru, dengan tambahan lebih 13 jenis menu baru yang menjadikan Rasa Rosz restoran fusion yang sangat popular di kalangan keluarga.
“Menu yang saya ketengahkan bersesuaian dengan semua peringkat umur. Ini kerana saya mengetahui selera keluarga kerana saya sendiri mempunyai keluarga yang besar dari pelbagai umur 85 tahun – 5 tahun. Ada juga makanan sihat yang sesuai untuk mereka yang nak makanan sihat. Kita juga menghidangkan salad dan ikan laut bersama cauliflower rice. Untuk remaja menu seperti Spagetthi Buttermilk Katsu, Chicken Pesto, Awesome Burger, Chicken Buttermilk Burger dan minuman Matcha menjadi kegemaran mereka”.
“Antara hidangan baru yang lain termasuk Salad pumpkin, salad kale, Asam Pedas Siakap, Sup Ekor, Laksa Spaghetti Tuna, Chicken BBQ Mushroom dan Air Batu Campur”.
Rozita Ramelan menambah, dia bersyukur kerana bisnesnya dapat bertahan sehingga sekarang.
“Saya besyukur pada Allah kerana mempermudahkan segala urusan saya dalam dunia perniagaan termasuk bidang makanan ini. Bukan mudah untuk bertahan. Selain daripada ekonomi yang mencabar, tenaga pekerja yang mahir dan kos yang tinggi, kita juga kena fikirkan pemasaran untuk menarik pelanggan ke restoran”.
“Saya juga bertuah kerana mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa menyokong kami. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak makan di Rasa Rosz Resto, dari Kelantan, Terengganu, Johor dan Singapura. Itu sebabnya dengan adanya cawangan memudahkan pelanggan untuk datang ke Restoran Rasa Rosz”.
“Buka restoran ini tidak mudah, walaupun nampak mudah. Modal yang besar kena di dahulukan. Pulangan dan keuntungan sangat lama nak dapat. Nak kekal lama itu yang memerlukan banyak modal, pengorbanan dan usaha. Oleh kerana itu ramai peniaga restoran tersungkur, kerana tak sangka keuntungan lama nak dapat, dan jualan yang di kutip tidak dapat membayar kos bulanan. Tidak ada jalan singkat dalam perniagaan ini.
Mula-mula berniaga, memang kita akan alami kerugian. Itu sebabnya nak meniaga ini kena ada dana yang boleh membuatkan seseorang itu bertahan dalam tempoh yang lama sebelum berjaya. Harapan saya dalam masa lima tahun restoran ini akan berkembang dengan pesat memenuhi citarasa pelanggan kami , dengan prestasi yang konsisten. Saya juga berharap dapat mengembangkan sayap Ratu Tumis sebagai pengilang dan peruncit produk-produk muslim.”
Sementara itu, Cef Bob Azran Ketua Eksekutif Cef di Rasa Rosz, berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef turut menambah, “Menu-menu baru yang kami ketengahkan ini ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam hidangan. Selain hidangan biasa, kami juga tampilkan hidangan barat memenuhi citarasa Malaysia.”
Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.