SENIMAN Nordin Ahmad yang sentiasa dirindui oleh peminat filem Melayu.

Oleh SYED WAFA
Foto KOLEKSI SYED WAFA

APABILA bercakap mengenai Seniman Nordin Ahmad pasti ‘tergambar’ di minda anda wajah kacak milik pelakon berkenaan yang telah mencipta nama dan kejayaan sebagai pelakon dan pengarah filem pada era 1950-an sehingga 1960-an.

Walaupun selepas kejayaan demi kejayaan dalam filem-filem lakonannya bermula dengan “Semerah Padi,” (1956), Nordin Ahmad dianggap sebagai legenda paling macho tetapi kejayaan itu tidak dicapai dalam sekelip mata.

SENIMAN Nordin Ahmad dalam filem “Se Merah Padi” 1956.
NORDIN Ahmad sebagai Taruna dalam filem “Semerah Padi” 1956.
SENIMAN Nordin Ahmad dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem “Se Merah Padi” 1956.

Realitinya sebelum diberi peranan utama sebagai Taruna dalam filem berkenaan beliau pernah menjalani ujibakat yang dikendalikan oleh pengarah, S. Ramanathan. Sayangnya melalui ujibakat itu pengarah berkenaan berpendapat beliau tidak berbakat sebagai pelakon.

Gagal dalam ujibakat itu, Nordin Ahmad bekerja sebagai buruh kasar di Malay Film Production (MFP) dan diberi peluang muncul sebagai pelakon tambahan tanpa dialog.

SENIMAN Nordin Ahmad turut berlakon dalam filem hebat “Anak-ku Sazali” 1956
NORDIN Ahmad dalam satu babak filem “Raden Mas” 1959.
NORDIN Ahmad, Salmah Ahmad dan Mahmud June dalam filem “Noor Islam” 1960.

Bagaimanapun peluang yang dinanti-nantikan akhirnya muncul juga di depan mata apabila Pengarah Haji Mahadi memberi peluang Nordin Ahmad watak utama dalam filem “Permata Di Perlimbahan” (1952) bergandingan dengan Maria Menado. Sayangnya filem itu tidak menjanjikan apa-apa buat beliau apabila gagal menarik perhatian penonton.

Tetapi pepatah Melayu ada berkata ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu’ kerana meskipun gagal dengan filem pertama itu namun rezeki itu ketentuan-Nya.

DALAM filem “Sri Mersing” 1961 bersama Latifah Omar.
SALAH satu babak dalam filem “Sri Mersing”1961.
BERSAMA seniman Datuk Mustapha Maarof dalam filem “Sri Mersing”1961.

Nordin Ahmad ketika itu yang merupakan sahabat baik P. Ramlee setelah berlakon dalam filem “Juwita” (1951) arahan S. Ramanathan, menzahirkan rasa kecewanya kerana impiannya untuk menjadi pelakon bagaikan menemui noktah.

Bagaimanapun sebagai sahabat, P. Ramlee sering memberikan kata-kata semangat agar Nordin Ahmad bersabar.

NORDIN Ahmad turut berlakon watak utama dalam filem “Hang Jebat” 1961.
NORDIN Ahmad turut berlakon watak utama dan salah satu aksi beliau dalam filem “Hang Jebat” 1961.

Akhirnya apabila P. Ramlee mengarah filem keduanya “Semerah Padi” pada tahun 1956 beliau memilih
Nordin Ahmad melakonkan watak utama, Taruna dengan Seniwati Saadiah sebagai Dara dan P. Ramlee sebagai Aduka.

“Semerah Padi” bukan sahaja melonjakkan nama P. Ramlee sebagai Pengarah tetapi filem itu juga telah ‘melahirkan’ seorang Seniman yang menjadi pujaan ramai.

NORDIN Ahmad turut berlakon watak utama dan salah satu aksi beliau dalam filem “Hang Jebat” 1961.
NORDIN Ahmad turut berlakon watak utama dan salah satu aksi bertarung beliau dalam filem “Hang Jebat” 1961.

Rentetan daripada kejayaan filem itu, nama Nordin Ahmad mula bermain di bibir para peminat filem Melayu. Malah popularitinya dikatakan setaraf dengan P. Ramlee.

Bagaimanapun apabila kontrak beliau dengan MFP tamat dan dengan nasihat P. Ramlee, Nordin Ahmad menerima tawaran menjadi pelakon Cathay-Keris Film Production.

NORDIN Ahmad dan Haji Arshad dalam satu babak filem “Lanchang Kuning” 1962.
NORDIN Ahmad dan Latifah Omar salah satu babak dalam filem “Lanchang Kuning” 1962.

Siapa sangka bersama Cathay, bekas kerani di pangkalan Tentera Udara Diraja British di Seletar, Singapura pada tahun 1951 yang terlihat iklan ujibakat di MFP, akhirnya mencipta nama sebagai Seniman dan menjadi rebutan Pengarah di Cathay kerana lakonannya berjaya menyentuh hati para penonton dan setiap filem lakonannya mencecah kutipan box-office!

Itulah Seniman Nordin Ahmad yang dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Beliau adalah anak kedua daripada enam beradik. Ayahnya, Ahmad Sahak, seorang pekerja am di Jabatan Kerja Raya, Pulau Pinang dan ibunya, Che’ Md. Hashim bekerja di bendang.

NORDIN Ahmad bersama pasangan idealnya dalam filem, Latifah Omar.
NORDIN Ahmad dan Maria Menado dalam satu babak filem “Tun Fatimah” 1962.

Beliau berkahwin dengan Seniwati Salmah Ibrahim pada tahun 1952. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Asmah, Norman Shah (Tuah) dan Asnor.

Mengikuti perjalanan seninya, kejayaan dan populariti Nordin Ahmad bersandarkan daya penghayatannya yang sangat tinggi dan lontaran dialog yang tersusun apalagi penghayatan setiap watak yang disantuni penuh jiwa.

NORDIN Ahmad bersama Sarimah Ahmad.
NORDIN Ahmad dan Latifah Omar dalam satu babak filem “Chuchu Datok Merah” terbitan Cathay-Keris pada tahun 1963.

Bersama Cathay, Nordin Ahmad yang mempunyai penghayatan yang tinggi dan lontaran dialog yang jelas dan tersusun serta permainan emosi yang penuh jiwa membuatkan beliau menjadi rebutan para pengarah agar membintangi filem mereka.

Mengenali Nordin Ahmad, beliau dikatakan seorang hero filem Melayu yang kurang bercakap, tidak ramai kawan dan sangat taat pada skrip dan menterjemahkannya dengan cara sendiri.

SENIMAN berbakat besar, Nordin Ahmad yang tiada penggantinya

Nordin Ahmad bukan calang-calang pelakon dan kehebatannya amat terserlah ketika satu bengkel seni lakon diadakan di studio Cathay-Keris yang dihadiri bakat-bakat baru bertanyakan mengenai sesi ujibakat (sceeen test).

Bagaimanapun sesuatu yang mengejutkan para peserta apabila ditanya siapa guru senilakonnya berdasarkan lakonannya yang hebat dengan tenang beliau memberitahu;

NORDIN Ahmad dan Wahid Satay dalam sebuah filem.
NORDIN Ahmad bersama Shariff Medan dalam filem “Iman.”

“Cermin adalah guru saya. Sebelum setiap pelakon beraksi di hadapan kamera mereka harus berlakon di depan cermin kerana ia adalah latihan yang bagus dilakukan tanpa guru.”

Nordin Ahmad dikatakan seorang pelakon yang cerewet dan menganggap skrip bukan semata-mata skrip tetapi ia adalah satu naskah yang harus diterjemahkan dengan jiwa.

ROSEYATIMAH berpeluang bergandingan dengan Nordin Ahmad dalam filem “Tajul Ashikin” 1963.
ROSEYATIMAH berpeluang bergandingan dengan Nordin Ahmad dalam filem “Tajul Ashikin” 1963 dan menjadi cover majalah hiburan terkenal ketika itu untuk promosi filem tersebut.

Adalah difahamkan sebulan sebelum penggambaran filem “Semerah Padi,” Nordin Ahmad yang telah menerima skrip tidak keluar rumah. Sesuatu yang mengejutkan sepanjang penggambaran filem itu tidak sekali pun beliau melihat skrip kerana beliau telah menghafal dan menguasai keseluruhan isi kandungan skrip tersebut.

Bukan itu sahaja, malah ketika di Cathay-Keris, M. Amin memberitahu Nordin Ahmad tidak akan memulakan penggambaran jika beliau tidak puashati dengan rehearsel. Beliau juga dikatakan pelakon yang amat taat pada skrip

Pelakon utama filem “Ayer Mata Duyong” Nordin Ahmad bersama Rahimah Alias.
PELAKON utama filem “Ayer Mata Duyong” 1964…Salah satu babak Nordin Ahmad bersama Suraya Harun dalam filem tersebut.

Sepanjang kariernya sebagai pelakon, Nordin Ahmad telah membintangi 55 filem dengan filem pertamanya “Hang Tuah”(1951) dan mengarah lima filem iaitu “Wan Perkasa” s(1964), “Kasih Ibu” (1965), “Playboy” (1967), “Mat Lanun” (1968 mengarah bersama Mat
Sentul) dan “Keranda Berdarah” (1969).

Bagaimanapun daripada 55 filem lakonannya adalah difahamkan yang wajib ditonton para peminatnya iaitu “Semerah Padi” yang telah melonjakkan nama Nordin Ahmad sebagai pelakon. Filem ini turut dibintangi P. Ramlee, Saadiah, A. Rahim dan Salleh Kamil.

NORDIN Ahmad dan Latifah Omar dalam filem “Gurindam Jiwa” 1965.
NORDIN AHMAD dan Latifah Omar dalam satu babak filem “Gurindam Jiwa” 1965.

Filem “Lanchang Kuning” 1962) lakonan bersama Latifah Omar dan “Sultan Mahmud Mangkat Dijulang” (1961) dilakonkan M. Amin, Maria Menado, Shariff Medan, Mustapha Maarof, Siput Sarawak dan Mahmud June.

Sementara itu antara pelakon yang banyak membintangi filem bersama Nordin Ahmad ialah Seniwati Latifah Omar berkata;

NORDIN Ahmad mempunyai wajah yang tampan dan dipuja oleh ribuan peminat.
NORDIN Ahmad berjaya membawa perlbagai watak dan sungguh berkesan.

“Walaupun dalam filem banyak babak romantik beliau dengan pelakon wanita tetapi Nordin Ahmad jarang bergaul dengan pelakon wanita yang sering digandingkan dengannya ketika di lokasi penggambaran, termasuk saya.

“Selesai penggambaran beliau akan membawa haluan sendiri dan babak romantik akan terhenti apabila pengarah sebut ‘cut!”

NORDIN Ahmad sentiasa dikenang sebagai seniman legenda yang tiada pengantinya.
NORDIN Ahmad hero filem Melayu yang sentiasa dirindui oleh peminat filem Melayu.

Bagi Nordin Ahmad, skrip bukan sekadar kertas putih yang bertulis tetapi ianya adalah seperti satu benda yang hidup untuk diterjemahkan!

Nordin Ahmad pernah memenangi dua kali anugerah Aktor Terbaik pada Festival Filem Malaya 1961 kerana lakonannya dalam filem “Hang Jebat” diikuti pada Festival Filem Malaysia 1963 kerana lakonannya dalam filem “Chuchu Datok Merah.”

NORDIN Ahmad dan isteri tercinta, Salmah Ibrahim.
NORDIN Ahmad bersama isteri, Salmah Ibrahim dan anak mereka, Asmah dan Tuah.

Nordin Ahmad meninggal dunia pada usia 41 tahun pada 15 Jun 1971 kerana penyakit kuning (jaundice). Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Salmah Ibrahim di Hospital Besar Singapura, di Outram Road.

P. Ramlee yang menerima berita Nordin Ahmad meninggal dunia dalam nada sebak berkata kepada wartawan;

FILEM terakhir Nordin Ahmad, “Jahanam” 1971.
SALMAH Ibrahim…isteri tercinta Nordin Ahmad.

“I’ve lost a good friend. Dunia filem Melayu kehilangan seorang bintang yang sangat besar. There will never be another Nordin Ahmad.”

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bedok. Bagaimanapun pada tahun 1980-an perkuburan Islam di Bedok dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam, Pusara Abadi dan disitulah jasad Nordin Ahmad disemadikan sehingga sekarang.

SEBAGAI mengenang dan menghargai bakatnya Kelab Filem dan Muzik Melayu Klasik dengan kerjasama Komuniti Rumah Kayu menubuhkan mini galeri Rumah Nordin Ahmad di tapak rumah Melayu tradisional di Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar, Selangor.

Kami di Ladybosz mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatksb dalam golongan oran beriman…Amin.

Previous articleAra Johari “Menjaga Jodoh Orang Lain”, diri sendiri masih solo
Next articleYakin Pada Diri Anda Untuk Berjaya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here