KamiSempoi International Agency (KSIA) meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia.

Oleh: Wawa Najwa

RAMAI yang berlumba-lumba untuk menjadi pempengaruh di platform TikTok sekarang ini. Selain meraih populariti, aplikasi tersebut juga boleh dijadikan batu loncatan untuk menjana pendapatan.

Menjadi seorang pempengaruh biarlah yang disegani dan bukan main hentam kromo bila membuat kandungan (content) seperti yang dilakukan oleh seorang pempengaruh dari negara seberang yang cuba memburukkan imej Malaysia baru-baru ini.

Tidak dinafikan ada yang sengaja menghasilkan konten buruk untuk meraih tontonan ramai kerana bagi mereka ‘bad publicity is still publicity’. Jika itu yang difikirkan, orang berkenaan bukan seorang yang bijak dan secara tidak langsung melambangkan peribadi mereka.

KamiSempoi Golden Award 2024 diadakan bagi menghargai pempengaruh di bawah naungan KSIA.

Bagi memastikan perkara tersebut tidak berterusan, KamiSempoi International Agency (KSIA) yang beroperasi sejak Disember 2021, bersedia untuk membantu mereka di luar sana yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendaptan mereka sebagai host live TikTok.

Kredibiliti KSIA sebagai syarikat agensi TikTok tidak perlu dipertikaikan kerana ia telah berjaya meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara.

Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee berkata, pihaknya benar-benar berbangga dengan kejayaan yang dicapai mereka itu dalam tempoh yang singkat.

“Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak jemu mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami.

“Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu yang boleh mereka perolehi daripada sesi latihan ini.

“Kami tidak pernah putus asa memberikan latihan yang berterusan ini kerana kami mahu mengasah TikToker ‘mencipta konten’ dan juga bagaimana mereka boleh ‘engaged’ dengan pengikut supaya mereka boleh ada ramai pengikut.

“Pada masa yang sama mereka mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan,” katanya pada sidang media KamiSempoi Golden Award 2024 dan pelantikan aktor Riezman Khuzaimi sebagai duta KSIA di Pavilion, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Mereka yang mendapat bimbingan daripada KSIA terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia.

Pakcik Chin Swee yang juga seorang pempengaruh TikTok pada asalnya berkata lagi, latihan yang disediakan itu sangat penting kerana mereka mahu memastikan live host yang berada di bawah naungan KSIA benar-benar menghasilkan isi kandungan hiburan yang menarik dan bermanfaat di platform tersebut.

“Kenapa kita sangat tekankan mengenai content hiburan yang menarik dan bermanfaat? Kalau kita tonton di TikTok sejak akhir-akhir kebelakangan ini, kita akan dapat lihat ada pempengaruh atau Tiktokers yang menghasilkan konten bersifat mengemis.

“Kalau boleh kita mahu elakkan live host TikTok kita daripada membuat konten sebegini. Jadi, kita kena selalu ‘guide’ mereka serta membantu mereka memahami garis panduan yang sudah ditetapkan TikTok kerana garis panduan komuniti TikTok teramatlah ketat. Nak kena banned memang cukup senang,” katanya.

Menurut Pakcik Swee Tin lagi, KSIA cukup komited dengan usaha mereka untuk terus melahirkan live host TikTok yang berjaya menghasilkan konten menarik dan bermanfaat, mempunyai pengikut yang ramai serta pada masa yang sama berjaya menjana pendapatan bulanan yang tinggi.

“Bahkan, kami juga mahu menjadi syarikat agensi yang dapat membantu golongan masyarakat di luar sana untuk menjadi live host TikTok.

“Sebab, kalau kita lihat ketika ini, TikTok adalah sebuah platform media sosial yang benar-benar berpengaruh dan ramai di luar sana yang mahu menjadi TikToker. Kalau boleh, kita mahu realisasikan impian mereka ini.

“Jadi, pada mereka yang ingin nak jadi live host TikToker bolehlah datang ke KSIA dan kita akan cuba berikan latihan dan tunjuk ajar sebagai persiapan untuk mereka menggapai impian mereka itu,” katanya.

Riezman Khuzaimi antara selebiriti yang dilantik sebagai host live talk KSIA.

Apa yang membanggakan, kata Pakcik Cin Swee, live host mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia iaitu daripada selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya).

“Ada yang menjadi host live secara sambilan. Ada juga yang menjadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa mereka. Ada pula yang bermula sebagai host live secara sambilan tapi kemudian meninggalkan kerjaya profesional mereka dan menjadi host live sepenuh masa.

“Selalunya keadaan ini berlaku apabila mereka sudah mula nampak bahawa apa yang mereka lakukan ini boleh menjana pendapatan yang banyak. Misalnya kita ada seorang host live TikTok yang bekerja di bank.

“Dalam tempoh lapan bulan, dia meninggalkan kerjaya profesional dan menjadi host live TikTok sepenuh masa kerana sudah berjaya meraih pendapatan sebanyak lima digit. Pada tahun lepas, pendapatannya sudah mencecah angka enam digit. Ada juga yang sudah berpeluang menjadi selebriti,” katanya.

Selain Riezman Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Abang Don, KSIA juga memiliki lebih 30 orang selebriti sebagai host live TikTok. Antaranya ialah Nita Hamzah, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa serta Achong Sweetchild.

“Bagi live host TikTok golongan selebriti, selalunya kita bagi mereka kelonggaran untuk menterai latihan yang disediakan kerana kita amat memahami kesibukan dan komitmen mereka terhadap kerjaya seni mereka,” katanya.

Previous articleWestlife datang lagi, menjayakan Westlife The Hits Tour 2024 di Genting Highlands
Next articleLelah Aqeesh Aleeya terus dihargai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here