Oleh Nafsiah Jani
Bagi anda yang ingin mencuba menu baru, silalah berkunjung ke Restoran Rasa Rosz yang terletak di AEON Big, Wangsa Maju yang menyajikan lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba.
Bukan saja menikmati makanan enak pada harga berpatutan, pengunjung juga bakal mendapat diskaun sebanyak 10 peratus bagi setiap pembelian makanan. Tawaran ini akan berlanjutan dari tarikh pembukaannya pada 19 Oktober lalu hingga 30 November ini.
Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, dia gembira kerana perancangannya untuk membuka restoran ini terlaksana juga.
“Harapan saya semoga restoran ini berjaya mendapat sambutan dan kami dapat buka lagi cawangan di tempat yg hebat di seluruh Malaysia. Sebenarnya pihak AEON Big ada juga meminta kami buka restoran sebegini dibeberapa buah hypermarket yang terpilih. Namun kami akan fikirkan nanti kerana kos untuk membuka sesebuah restoran bukannya murah.
“Selain pes, kami juga turut keluarkan perasa ‘Lazzat’ yang berasaskan ‘vegetarian’ serta sambal yang sedia untuk dimakan iaitu, Sambal udang kering, Sambal ikan bilis dan Sambal shitake cendawan,” kata Rozita
Menurut Rozita, mereka menggunakan produk Ratus Tumis dan produk Rasa Rosz bagi menjimatkan masa memasak.
“Restoran kami menggunakan sistem blueprint dimana kami memendekkan waktu dan cara memasak. Mungkin sebelum ini untuk memasak sesuatu menu ambil masa dua jam. Tapi kami nak ringkas, cepat dan sedap, di mana sesuatu menu dapat disiapkan dalam masa lima minit dan paling lama 30 minit sekali bersama dengan hiasan dan sebagainya.
“R&D aplikasi pes Ratu Tumis dan produk Rasa Rosz ini memerlukan kepakaran saya dan Head Chef untuk pilihan menu di Resto Rasa Rosz. Ianya mengambil masa dua minggu untuk memilih menu pilihan yang lazat serta menyelerakan,” kata Rozita Ramelan bersungguh-sungguh.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini.Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand. Rasa Rosz mengorak langkah menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Rozita menambah, lokasi restoran ini dipilih memandangkan ia adalah sebuah mall yang menawarkan barangan pada harga berpatutan dan dikunjungi ramai ahli keluarga dalam satu-satu masa.
“Lokasi ini kami pilih kerana ia berdekatan dengan kawasan perumahan yang diduduki ramai penduduk Melayu, ramai keluarga yang berkunjung, tempat yang selesa, parking yang murah dan persekitaran yang menarik. Saya harap restoran kami dapat jadi ‘pemanis’ untuk orang yang membeli- belah di sini,” katanya mengenai tema dan konsep moden minimalis yang digunakan bagi menghiasi restoran ini.
Pengarah Urusan AEON BIG (M) Sdn Bhd., Wangsa Maju, Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, kerjasama ini bukan saja restoran, terdapat juga produk-produk Rasa Rosz dan Ratu Tumis turut dijual di AEON Big Haypermarket.
“Kami melihat semua perkara adalah untuk hubungan jangka panjang dan kami rasa restoran ini sesuai dibuka di outlet-outlet kami yang lain. Tambahan pula harga yang ditawar juga sesuai dengan profil pelanggan kami. Di Semenanjung Malaysia kami ada 21 outlet, satu di Ipoh, 14 outlet di Lembah Kelang, 3 di Johor Bahru, 2 di Pulau Pinang dan 1 di Kuantan.
“Syarikat kami berasal dari Jepun, itu sebabnya sesuatu produk yang ingin memasuki hypermarket perlu melalui pelbagai tapisan yang ketat. Kami cukup mementingkan kualiti sesuatu produk. Disebabkan produk Rasa Rosz produk yang bermutu tinggi, mudahlah kami menerimanya,” kata Sheikh Farouk.
Antara menu yang ditawarkan adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi menu yang sedap.
Majlis perasmian Restoran Rasa Rosz telah disempurnakan oleh pemilik, Datuk Sri Rozita Ramelan bersama suami, Datuk Mohd Omar Mustapha dan Pengarah Urusan AEON BIG (M) Sdn Bhd., Wangsa Maju, Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed.
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.