Oleh: Nafsiah Jani
Mungkin bagi sesetengah orang pening memikirkan nak makan apa pada waktu tengah hari. Jangan risau, datang saja ke Restoran Rasa Rosz di AEON Big Wangsa Maju dan IOI City Mall, Putrajaya kerana mereka mempunyai banyak pilihan Set Lunch pada harga yang cukup berbaloi.
Sudahlah murah, pilihan yang ditawarkan menepati selera bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Set Lunch ini hanya ditawarkan pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum dari jam 11 pagi hingga 3 petang. Mereka yang memilih Set Lunch turut mendapat air percuma teh o ais ataupun sirap ais.
Pelanggan di cawangan di AEON Big Wangsa Maju pula boleh menikmati Set Lunch ini pada harga RM14.90. Manakala pelanggan IOI City Mall, Putrajaya pula boleh mendapatkan menu-menu ini pada harga RM16.90.
Menu-menu pilihan Set Lunch ini berupa Soto Ayam Terapung bersama bergedil (Signature Dish), menu paling popular iaitu Nasi Goreng Kampung (biasa /pedas) dan menu baru Nasi Ayam Berempah (kuah buttermilk/ gulai) dan Chicken Noodle Sup (Mi, bihun atau kuey teow).
Selain menu yang ditawarkan sedap-sedap belaka, harganya yang sangat berpatutan, hidangan yang lazat, makan dalam suasana yang mewah santai dan tempat pilihan untuk berkumpul seisi keluarga. Keramahan staff dan servis yang tip top membuatkan Restoran Rasa Rosz sentiasa menjadi pilihan ramai tak kira dekat dan jauh.
Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, kami sedar ramai yang terkejar-kejar untuk makan tengahari, itu sebabnya kami perkenalkan hidangan Set Lunch ini.
“Hidangan yang kami tawarkan cukup menepati selera kerana pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih makanan yang berat ataupun ringan. Pakej Set Lunch ini makanannya cukup mewah tapi pada harga seperti gerai tepi jalan. Saya harap pelanggan-pelanggan setia kedua-dua pusat beli belah ini tidak melepaskan peluang menikmati Set Lunch yang kami perkenalkan ini.
“Kalau dapat sambutan hangat, mungkin saya akan tambahkan lagi menu-menu agar pelanggan ada banyak pilihan ketika memilih makanan. Saya selalu meletakkan diri saya sebagai pelanggan yang inginkan pilihan menu yang banyak, sedap tapi pada harga yang berpatutan.”
Selain Set Lunch ini, pelanggan juga boleh menikmati menu-menu sedia ada di setiap Restoran Rasa Rosz. Menu di IOI City Mall Putrajaya ini, lebih kepada pemakanan sihat, berkhasiat dan berasaskan sayuran. Disini juga ada tambahan lebih 13 jenis menu baru iaitu makanan sihat yang sesuai untuk mereka yang ingin diet.
Makanan sihat yang lain termasuk Asam Pedas Siakap, Laksa Spaghetti Tuna, Ayam Panggang Mushroom, Awesome burger iaitu Burger Ayam Krispy bersama salad dan lain-lain lagi.
Sementara itu, Cef Bob Azran yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai Cef turut menambah, “Menu-menu yang saya ketengahkan dikedua-dua restoran ini ada tambahan dari segi bahan masakan dan premium dalam hidangan. Selain hidangan biasa, kami juga tampilkan hidangan barat dan citarasa Malaysia. Kalau nak tahu rasanya, jemput datang ke Restoran Rasa Rosz”
Bagi yang ingin mengetahui hidangan sedap dan istimewa ini cuba ikuti Instagram @rasaroszresto, facebook dan tiktok RasaRosz. Platform ini juga menampilkan banyak konten yang menarik berkaitan menu-menu di Restoran Rasa Rosz, cara penyediaan makanan, video bersama cef dan artis-artis yang pernah menikmati hidangan di sini.
Antara menu terkini Restoran Rasa Rosz ialah Mi Racun Tulang, Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu, Spaghetti Basil Pesto, Fettucini Rendang Daging dan Cucur Kakiage yang merupakan gabungan citarasa Asia, Eropah, Jepun dan Itali yang bersesuaian dengan citarasa rakyat Malaysia
Manakala Spaghetti Buttermilk Chicken Katsu ini adalah salah satu daripada tiga pasta baru yang diketengahkan selain Spaghetti Creamy Carbonara Mushroom dan Spaghetti Basil Pesto. Untuk set nasi pula terdapat Nasi Gulai Kawah Tulang, Daging atau ayam skewer, Cucur Kakiage, Chicken Wing bersama dua pilihan sos sambal madu ataupun Buttermilk.
Selain menu-menu baru, Restoran Rasa Rosz masih mengekalkan dan menyediakan masakan yang terdahulu berupa lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion. Antara menunya adalah Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Ratu Tumis, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.
Sambil bersembang anda boleh menikmati minum petang seperti suasana di kampung dengan hidangan lempeng bersama kari ayam, lempeng pisang besama kelapa. cucur udang dan cucur kakiage
Mungkin masih terasa tidak puas atau tidak cukup kenyang, cubalah juga hidangan pencuci mulut pisang goreng bersama ice cream, milky peach ataupun ice sea coconut longan. Hidangan ini sangat enak jika dinikmati bersama teh tarik, matcha latte gula Melaka sejuk dan panas, terdapat juga minuman panas matcha latte dan matcha latte gula Melaka float.
Jika inginkan kelainan ketika menikmati hidangan petang tersebut, cubalah nikmati air terbaru Peach Laici. Gabungan rasa peach dan laici yang unik dan menarik ini turut dimasukkan biji selasih bagi menyegarkan tubuh dan baik untuk kesihatan.
Selain Peach Laici, terdapat juga beberapa lagi pilihan air yang begitu sedap dan menyejukkan antaranya Epal Asam Boi, Sweet Splash, Calamansi Asam Boi, Tembikai Laici, Iced Chocolate, Ais Kacang (Classic), Ais Kacang (Special) yang dihiasi ice cream diatasnya dan Ais Kepal Milo pada harga berpatutan.
Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk M-SHROOMS yang halal dari Thailand.
Rasa Rosz juga menghasilkan Sambal Ready To Eat, perencah serbaguna Lazzat, sambal belacan dan pelbagai lagi jenis pes masakan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu mendapat sambutan.
Mereka yang ingin membuat tempahan bagi meraikan yang tersayang atau datang secara berkumpulan boleh hubungi Restoran Rasa Rosz terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (013-8082772 -call / whatsapp) dan Restoran Rasa Rosz IOI City Mall, Putrajaya, Lot L3-210, Level East Wing (hubungi 012-8217714) yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita dan Saji terbitan Utusan Karya.