Photo by Freepik

Oleh: Asmat Fikri

Kenapa takut buat ujian pap smear? Tahukah kita majoriti kanser serviks (90%) disebabkan oleh virus HPV (human papilloma virus) yang disebarkan melalui hubungan intim. Malahan virus ini boleh disebar berulang kali antara suami isteri. Kebanyakan jangkitan HPV tidak menyebabkan simptom fizikal. walau bagaimanapun, pada sesetengah orang, jangkitan ini boleh menyebabkan lesi pra-malignan yang boleh menjadi kanser serviks.

HIV dan jangkitan seksual juga boleh meningkatkan risiko kanser serviks. Sistem imun membersihkan jangkitan HPV dalam tempoh 2 tahun untuk kebanyakan orang, tetapi ini tidak selalu berlaku.

Sekurang-kurangya jika melakukan ujian pap smear memungkinkan kita untuk mengesan lebih awal jika terdapatnya kanser serviks. Pengesanan awal ini boleh memberi peluang kepada doktor dan pakar kesihatan melakukan rawatan pencegahan dengan segera.

Alasan ramai pap smear ini sakit, sebenarnya hanya perkara kecil yang diperbesarkan. Proses melakukan pap smear adalah tidak menyakitkan kerana sampel yang diambil adalah dari permukaan serviks dan hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Sesetengah pesakit mungkin berasa tidak selesa apabila alatan yang digunakan iaitu speculum (sejenis alatan berbentuk muncung itik) dimasukkan ke dalam faraj untuk melihat serviks. Namun, jika tidak berbuat demikian, bagaimana lagi sample hendak diambil?

Kekerapan ujian pap smear

Berapa kerap perlu jalani ujian pap smear? Adakah sama bagi semua peringkat umur atau mungkin berbeza? Jawapannya adalah berbeza.

  •  Bagi mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun, anda tidak perlu membuat pap smear kecuali mereka yang berisiko tinggi (positif HIV, pelacur, mereka yang kerap bertukar pasangan intim).
  • Bagi mereka yang berumur 21-50 tahun, pap smear perlu dibuat setiap 3 tahun sekali.
  • Manakala bagi mereka yang berumur 50-65 tahun, pap smear dilakukan sebanyak 5 tahun sekali sudah memadai.

Sekiranya keputusan pap smear adalah tidak normal, rawatan dan kekerapan pap smear adalah mengikut garis panduan yang diberikan oleh doktor ginekologi.

Jika diuji kanser serviks, ini fakta yang anda perlu tahu.

Ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan seseorang wanita menghidap kanser serviks. Tapi faktanya tekanan atau stress tidak meningkatkan risiko mendapat kanser. Antara risiko kanser serviks adalah seperti berikut:

• Jangkitan papilloma virus manusia (HPV)
• Jangkitan virus immunodeficiency manusia (HIV).
• Wanita berumur 30 tahun ke atas
• Jangkitan seksual
• Berbilang pasangan seksual
• Merokok
• Penggunaan jangka panjang kontraseptif oral
• Sejarah keluarga kanser serviks
• Sebelum ini didiagnosis dengan kanser di bahagian lain badan anda
• Kanak-kanak berbilang
• Sistem imun yang lemah

Manakala simptomnya adalah seperti berikut. Harus difahami, kebanyakan simptom tidak ketara pada tahap awal kanser dan ia akan berkembang dari semasa ke semasa.

 Simptom kanser serviks termasuk:

• Pendarahan faraj yang luar biasa
• Sakit pada bahagian bawah belakang atau bahagian bawah abdomen/pelvis
• Sakit atau ketidakselesaan semasa hubungan seksual
• Keputihan berair, berdarah dan berbau busuk

Kurangkan risiko kanser serviks

Sesungguhnya, bahaya kanser serviks ini tidak boleh dipandang remeh. Anda boleh mengurangkan risiko kanser serviks dengan mengurangkan risiko untuk mendapat HPV. Jika anda berusia antara 9 hingga 26 tahun dapatkan suntikan vaksin HPV. Terdapat jenis yang berbeza untuk suntikan HPV, ia melawan 16 hingga 18 – antara jenis penyakit yang menyebabkan kanser. Sesetengah vaksin memberikan imunisasi terhadap lebih banyak jenis HPV. Sebaiknya dapatkan suntikan vaksin sebelum anda melakukan hubungan seks secara aktif.

Cara lain untuk mencegah kanser serviks adalah termasuk:

• Melakukan rutin pemeriksaan ujian pap smear. Berbincang dengan doktor tentang kekerapan menjalani ujian berdasarkan usia dan keadaan kesihatan anda.
• Amalkan hubungan seks yang selamat. Pastikan pasangan anda memakai kondom.
• Jangan bertukar-tukar pasangan. Elakkan melakukan hubungan seksual dengan individu yang berbeza-beza.
• Hindari merokok. Individu wanita yang merokok adalah lebih risiko untuk mendapat kanser seviks.
• Dapatkan vaksin HPV dan lakukan juga ujian HPV

Penutup

Walau apapun, amalan gaya hidup yang sihat juga amatlah penting dalam mencegah sebarang penyakit termasuk kanser serviks ini. Pastikan makanan yang diambil adalah makanan yang berkhasiat, kurangkan gula, lebihkan buah-buahan, sayuran dan lakukan senaman.

Langkah proaktif ini tidak hanya memberi ketenangan fikiran, malahan memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencegah kanser serviks. Dengan mengambil inisiatif untuk mengubah gaya hidup dan menjalani ujian saringan secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser ini dan memastikan kesihatan anda terjaga dengan lebih baik. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Previous articleEdisi Kedua Festival Budaya Filem China-Malaysia terus perkukuh 2 budaya dalam memertabatkan industri kreatif
Next articleNaim Daniel dan Khai Bahar meriahkan majlis Konvokesyen Pertanian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here