WAJAH manis…milik ‘Sri Mersing’…Rosnani.

Oleh: SYED WAFA
Foto: Koleksi Syed Wafa

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu.

SETIAP kali teringat pantun empat kerat ini, pasti akan mengingatkan saya dengan filem “Sri Mersing” kisah cinta antara Damaq dengan gadis bernama demikian terhalang gara-gara fitnah.

Perasaan cinta Sri Mersing (Seniwati Datuk Rosnani) terhadap Damaq (Seniman Nordin Ahmad) tidak direstui si ayah (Pak Malau) bukan sahaja kerana Damaq anak dagang tetapi beliau difitnah oleh Awang Sulong dengan mendakwa melarikan Sri Mersing.

“SRI Mersing”’dibintangi Nordin Ahmad, Rosnani, Roseyatimah, Mahmud June, Mariani, Mustapha Maarof dan Wahid Satay.
TENAGA kerja filem “Sri Mersing” (1969).
Berdiri dari kiri: Ayakanu, Yan Chan, Mr. Chin, Salleh Ghani, Rosnani, Shariff Medan dan A. Razak.
Duduk: Harun dan Yong.

Disebabkan rasa benci Pak Malau (Seniman Shariff Medan) perbuatan jahat Awang Sulong (Seniman Mahmud June) yang melarikan Sri Mersing, tetapi Damaq difitnah dan akhirnya beliau dihalau keluar dari kampung berkenaan.

Bagaimanapun kejahatan tidak dapat ditutup dengan sehelai daun apabila akhirnya terbongkar, Damaq tidak bersalah.

ROSNANI sebagai Sri Mersing dalam filem dengan tajuk yang sama.

Pak Malau yang tahu Awang Sulong adalah dalang di sebalik kehilangan Sri Mersing cuba memujuk Damaq agar menerima Sri Mersing namun beliau tetap pergi bersama emaknya, Mak Tanjong (Seniwati Neng Yatimah) dan adiknya, Deli (Seniman Mustapha Maarof).

Walaupun sebagai gadis kampung perasaan sopan dan malu begitu menebal di jiwa Sri Mersing tetapi ia tidak mampu menyembunyikan perasaan cintanya terhadap Damaq.

DUA beradik dalam “Sri Mersing” – Mustapha Maarof (Deli) dan Nordin Ahmad (Damaq).
KAJANG Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu.
SETIAP kali teringat pantun empat kerat ini, pasti akan mengingatkan saya dengan filem “Sri Mersing” kisah cinta antara Damaq dengan gadis bernama demikian terhalang gara-gara fitnah.

Sri Mersing yang kecewa dengan sikap ayahnya, Pak Malau akhirnya terpaksa menanggung kesedihan sepanjang hayatnya apabila Damaq menolak cintanya.

Walaupun “Sri Mersing” sebuah filem yang tidak berakhir dengan ‘happy ending’ tetapi apa yang pasti filem berkenaan dikatakan telah mempopularkan Seniwati Rosnani sebagai satu diantara bintang airmata yang diminati.

ROSNANI dalam satu babak filem “Sri Mersing.”
ROSNANI memiliki kecantikan asli dengan senyum yang memikat.

“Sri Mersing” filem pertama arahan Salleh Ghani terbitan Cathay-Keris pada tahun 1961 bukan sahaja berjaya melahirkan seorang pengarah yang diminati dengan karya menyentuh hati malah selepas filem berkenaan Rosnani juga menjadi rebutan pengarah dengan muncul satu demi satu filem.

Filem tersebut bukan sahaja telah mempopularkan Rosnani Jamil malah menjadikan beliau salah seorang seniwati yang tidak henti dengan tawaran demi tawaran berlakon.

ROSNANI bersama suami tercinta, Allahyarham Datuk Jamil Sulong.

Antara filem yang meletakkan beliau sebagai salah seorang pelakon penting dalam filem-filem Melayu ketika itu adalah “Hang Jebat, Lubalang Daik Kasih Tanpa Sayang, Kacha Permata, Anak Buloh Betong dan dengan filem terakhirnya ketika itu “Lain Jalan Ke Shorga” terbitan tahun 1968.

Selepas filem berkenaan apabila Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris ‘tutup,’ Rosnani dikatakan berhenti dari dunia lakonan dan bersama keluarganya, beliau berhijrah ke Setapak, Kuala Lumpur.

ROSNANI sering diberi watak utama dalam filem-filem lakonannya.
ROSNANI antara seniwati jelita pada era filem 1960-an.

Sepanjang bergelar anak seni, Rosnani telah membintangi lebih 40 filem dengan yang terakhir “Kerja Kahwin” pada tahun 2017.

Selain berlakon, Rosnani yang pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman pada tahun 1970 selama dua tahun telah mengarah lima filem dengan yang pertama “Mawar Merah” terbitan syarikat miliknya, RJ Filem pada tahun 1987.

Filem tersebut yang menemukan Raja Ema dan Mustaffa Noor memberikan kejayaan yang bermakna buat beliau apabila pada Festival Filem Malaysia ke-7 (1987) ia telah memenangi dua anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik – Mustaffa Noor dan Bintang Harapan menjadi milik Raja Ema.

SENIWATI Rosnani tidak melepaskan peluang bergambar mesra bersama Saloma.
Saloma dan P. Ramlee datang ke Singapura pada Hari Raya untuk menghiburkan sahabat dan teman rapat mereka dengan menonton filem komedi arahannya “Sabaruddin Tukang Kasut” (1966).
ROSNANI dan Saloma dilahirkan pada bulan Januari dan mereka meraikan Hari Lahir mereka bersama.
Rosnani dilahirkan pada 20 Januari 1936.
Saloma dilahirkan pada 22 Januari 1935.

Setelah kejayaan filem tersebut Rosnani mengarah empat lagi filem “Antara Dua Hati” (1988), “Pak Tam Duda” (1989 – mengarah bersama AR Badul), “Memori” (1991 – mengarah dan menulis skrip).

Kini pada usianya mencecah 89 tahun pada 20 Januari lalu, Rosnani lebih selesa dan tenang menjalani hidup seperti ‘orang biasa’ tanpa memikirkan tentang seni dan filem.

Kami di Ladybosz mendoakan semoga Seniwati Rosnani Jamil dianugerahkan kesihatan baik dan bahagia disamping anak-anak dan cucu-cucunya.

SYED Wafa (Penulis) bergambar kenangan bersama seniwati legenda kesayangan beliau, Rosnani Jamil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here